" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 July 2009

PKR Dedah Kebenaran Di Sebalik Skandal2...

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan menyampaikan ucaptama utama pada forum esok yang akan memerinci isu-isu kepentingan awam yang mencengkam politik negara.

Kira-kira 1,000 wakil dari pelbagai pertubuhan dan badan-badan politik serta kemasyarakatan akan menghadiri forum itu yang bertajuk “Kebenaran di sebalik skandal PKFZ, Krisis Perak dan Konspirasi BN” di Hotel Sunway Lagoon, Subang Selangor.

Selain DSAI, turut memberi ucapan pada majlis itu ialah bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng, Naib Presiden Keadilan Sivarasa Rasiah dan Bendahari Keadilan, William Leong.

Forum itu akan memerinci perkembangan mutakhir politik tanah air dan isu-isu yang semakin membimbangkan rakyat. Ini termasuk peranan UMNO-BN dalam skandal pembaziran dana awam RM12.5 bilion untuk mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang, rampasan kuasa di Perak dan konspirasi politik yang memperalatkan institusi awam untuk mengheret DSAI ke mahkamah.

Kehadiran Chua pada forum itu esok adalah atas sifat tegasnya bersabit isu-isu usus tadbir, ketelusan dan kebertanggungjawaban pemimpin dalam menguruskan parti dan negara.

Dalam ucaptamanya, DSAI dijangka turut mengupas keghairahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan dan pendakwaan terpilih. Amalan itu berlanjutan sehingga dikatakan membawa kepada kematian Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah setelah beliau disoal siasat oleh badan itu selama 10 jam mulai Rabu lalu.

Mayat Teo Beng Hock, 30, yang dijadual melangsungkan perkahwinannya hari ini, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut tengahhari semalam.

SPRM dan polis cuba memberi gambaran bahawa Teoh telah membunuh diri setelah sesi soal siasat itu tetapi belum menjelaskan butiran penuh siasatan dan keperluan untuk menyoal siasat seorang saksi sehingga awal pagi tanpa kehadiran peguamnya.

(sumber Suara Keadilan)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA