Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah. Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu.
Beliau berkata, "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam BN, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya,".
Beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota PR.
Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum PKR berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.
Semalam, DAP Kedah mengumumkan ia tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar. Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.
Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata, "isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar. Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta DSAI meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita,".
Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.
Karpal Singh ketika ditemui pula berkata, "isu berkenaan boleh diselesaikan. Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang,".
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.
(sumber TVA)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
02 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
July
(90)
- TGNA: Jangan Halang Himpunan ISA
- Al-Fatihah... 1 Lagi PRK...
- PR Tuntut MIC Jelaskan Skandal Maika
- Makluman Pergerakan Himpunan Aman Mansuhkan ISA
- Utusan Mohon Maaf Kepada TGNA
- Beng Hock : Peguam Mohon Tunda Inkues
- PAS Terima Kasih, UMNO Tak Mahu Ulas
- UMNgOk Kata TGNA Bukan TG Tulen
- Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Keluarkan Fatwa Isa
- Mampat Rancakkan Usaha Legalisasi PR
- Kenyataan Media Setiausaha Agung PKR
- PKR: Jawatankuasa Siasatan Beng Hock Sia2
- Cubaan Menggagalkan Himpunan GMI
- Produk Masih Laku Tapi Salesman Tidak Bijak?
- Tambang Teksi Di Kelantan Kekal
- ‘Melepaskan Ibrahim Ali tersepit’
- Cara Tok Him Bermain Politik
- BN Mula Bergelora?
- Ean Yong Dan Ronnie Liu Buat Laporan Polis
- Pemuda Pakatan Dan GMI Tetap Adakan Himpunan 1 Ogos
- Lagi Tamparan Buat UBN
- Exco Selangor Nafi Ada Kaitan Dengan Kematian TBH
- Brahim Ali Beri Amaran...
- Konspirasi Kes Liwat ll Makin Jelas
- Perluas Skop Penyiastan Beng Hock
- Warkah Takziah TGNA Buat Ibu Bapa Beng Hock
- TGNA Dan DSAI Sertai Demo Anti-ISA
- DSAI: Suruhanjaya DiRaja Mestilah Menyiasat Punca ...
- Ceramah Pertama Chua Selepas Masuk PKR
- DSAI Mungkin Merengkok 12 Tahun Kerana DNA
- Ku Li Bidas SPRM!
- Kecelaruan Kes Liwat ll
- Suruhanjaya Di Raja Ditubuhkan.....
- "Kebebasan" Media Ala Najib Bermula...
- Beginilah UMNO Dulu Kini Dan Selamanya....
- Siasatan Kematian Teoh 60 Peratus Selesai
- DSAI: KPN Dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Harus Bertang...
- Himpunan Ahli AIC Di Mahkamah Jalan Duta
- Gerak Saran 4 Mekanisma Kepada SPRM
- Mendiang Beng Hock Dikebumikan Hari Ini
- Tengku Temenggong Tuntut RM105 Juta
- PR Berhasrat Guna Satu Lambang
- TPM Akui UBN Ketinggalan!
- Pendirian DSAI Mengenai Kematian Teoh
- Keadilan Untuk Beng Hock
- Laporan Akhbar Cina Mengenai Misteri Kematian Teoh
- Chua Jui Meng sertai PKR Dengan Rasminya
- Kematian Teo dan Teori RPK
- Banyak Kekeliruan Yang Mula Timbul...
- Segerakan Siasatan !
- Kes Teo: Desak SPRM Disiasat, 3 Ditahan
- PKR Dedah Kebenaran Di Sebalik Skandal2...
- Media Arus Perdana Terus Membohongi Rakyat
- Laporan Polis Kes Rasuah Esok !
- Mahkamah Arah Pendakwaraya Serahkan Bukti...
- DSAI Dan PR Dalam Bahaya....
- Chua Jui Meng akan sertai PKR?
- DSAI: Lawan Sampai Akhir
- Tamparan Buat PR Terutamanya PAS
- Perbicaraan Kes Liwat 2
- Abe Uji: Terima Kasih Rakyat
- UBN Berjaya Kekalkan Kekalahan
- Live Dari N41 MU
- Gelombang Perubahan Melanda MU
- MU Sesak Teruk !
- Protes Persatuan Pemborong dan Peniaga Ikan
- Program Sukaneka Kanak2
- MU Sesak Teruk Akibat Kereta Terbakar
- PRK MU: Muhyiddin Mencabar PAS
- Ceramah Di MU Semalam (7/7)
- Ceramah Umum Di MU Malam Ini
- Mesyuarat Gerak Kerja Jentera Wanita PKR
- Ceramah Umum PRK DUN MU
- Perpaduan Dalam PR Tetap Terbukti Di MU
- Satu Lawan Satu Di MU
- Foto2 Dari Manek Urai
- Zambry Umpan ADUN PR Perak
- Abe Uji Sumbang Jasa Bangunkan Bandar Kuala Krai
- PKR Kedah Nafi Ikut Jejak DAP
- TGNA Tetap Mahu Berdebat
- DSAI: Media BN Putarbelitkan Isu Kedah
- Rancangan 'Merosakkan' PR Masih Berterusan
- Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan DSAI
- Pemuda Pas Selar Khairy
- Pemuda Umno Peralat Wacana Pas
- MP Padang Serai Terima SMS Ugutan Bunuh
- Video Cermah DSAI Di Perhimpunan PR
- Tak Habis2 Cubaan Melagakan PAS Dalam PR
- Tuntutan DSAI Peroleh Dokumen Didengar Jumaat Ini
- Kes 'Liwat Rekaan' Akan Di Tangguh Selagi...
-
▼
July
(90)
2 comments:
salam... minta diubah pakatan pembakang kepada pakatan rakyat ye... kite jgn jd sepertu utusan meloya dan tv3suku... hehehe
sorie baginda...., dh ubah dh...
Post a Comment