

Samy Vellu dituduh menyeleweng sejumlah RM9 juta saham Telekom yang diperuntukkan ke Maika. Beliau dituduh menggunakan tiga syarikat proksi iaitu Clearway Sdn. Bhd, S.B Management Services dan Advance Personal Computers Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan Samy Vellu, Vell Paari dan seorang lagi ahli keluarga.
Skandal yang berlarutan sejak 1992 ini membabitkan nilai saham mencecah RM120 juta. Ramai pemegang saham, termasuk golongan fakir miskin masyarakat India dikatakan hilang seluruh simpanan mereka ekoran skandal ini dan mendesak MIC memulangkan pelaburan mereka.
Samy Vellu dilaporkan mahu menyumbang RM3.2 juta untuk membeli tanah Kampung Buah Pala. Ini menyebabkan ramai pihak tidak berpuas-hati dan mendesak MIC supaya menyelesaikan masalah Maika yang tidak, atau gagal, diselesaikan sejak 1992.
Vell Paari beralasan bahawa beliau bersedia untuk membayar semula kerugian pemegang-pemegang saham, namun tidak dapat berbuat demikian kerana injunksi mahkamah keatas Maika Holdings.
(TVA)
1 comment:
Petikal artikel awak... "Vell Paari beralasan bahawa beliau bersedia untuk membayar semula kerugian pemegang-pemegang saham, namun tidak dapat berbuat demikian kerana injunksi mahkamah keatas Maika Holdings."
Tak kan la tak paham2 lagi..
_______________________
View Profile: Rantong™
Post a Comment