" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

23 July 2009

Perluas Skop Penyiastan Beng Hock

Peranan Suruhanjaya Diraja perlu dilaksana dengan lebih meluas bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dan bukan sekadar tertumpu kepada terma siasatan yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysis (SPRM).

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, peranan suruhanjaya ini perlu mempunyai objektif siasatan yang lebih menyeluruh dan meluas dengan meliputi pelbagai aspek sekitarnya sehingga kepada punca kematian Beng Hock.

“Sewajarnya peranan Suruhanjaya Diraja ini tidak khusus kepada terma siasatan yang dilakukan oleh SPRM sepertimana yang diputuskan oleh kabinet,” katanya ketika mengulas penubuhan suruhanjaya diraja oleh kabinet semalam.

Kabinet telah memutuskan supaya satu inkues diketuai seorang majistret dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Beng Hock pada khamis lalu di Plaza Masalam, Shah Alam.

Semasa mengumumkan di Putra Jaya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersetuju satu Suruhanjaya Diraja dengan terma khusus untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunakan oleh SPRM.

Najib juga menegaskan kabinet mahu siasatan kematian Beng Hock dilakukan secara menyeluruh dan kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk mencari kebenaran.

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor ini juga mempersoalkan keperluan dua prosiding yang berlainan bagi menyiasat perkara yang berkait rapat terhadap isu terbabit.

“Kedua-dua prosiding ini adalah wajar digabungkan sebagai satu sistem sokongan antara satu sama lain bagi meneliti keseluruhan maklumat secara telus dan tepat sehingga kepada punca kematian,” katanya.

Saari turut mencadangkan agar keanggotaan Suruhanjaya Diraja ini turut membabitkan wakil alternatif seperti golongan profesional, NGO dan pengamal undang-undang. “Mereka hendaklah mempunyai latar belakang dan intergriti yang baik serta dihormati oleh seluruh masyarakat”.

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar siasatan secara keseluruhan ini dilakukan dalam tempoh yang singkat kerana suluruh dunia sedang meneliti isu tersebut.

“Mungkin sebulan atau dua bulan keputusan boleh diperolehi kerana jika ia terlalu lewat segala keputusan ini boleh dipersoal,” katanya lagi.

Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Kuala Selangor, Jamin Bero turut menyokong usaha kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu yang membabitkan kerajaan negeri ini.

“Langkah yang diambil oleh kerajaan pusat adalah tepat untuk menyiasat kes tersebut kerana ia sememangnya ditunggu-tunggu oleh masyarakat umum terutamanya rakyat negeri Selangor sendiri,” katanya.

“Keputusan yang lewat boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat umum terutamanya pelbagai spekulasi yang begitu hebat telah berlaku di negeri ini,” katanya lagi.

Jamin turut bersetuju dengan langkah kerajaan mengujudkan dua prosiding bagi membantu memudahkan hasil siasatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berharap keputusan yang diperolehi perlu dilakukan secara lebih menyeluruh yang berkaitan dengan hasil siasatan supaya ia boleh dirungkai bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

“Seperti kata Najib, seluruh masyarakat mahu tahu apa sebenarnya isu di sebalik kematian setiausaha politik exco kerajaan negeri ini,” katanya lagi.

(MalaysianInsider)


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA