" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 July 2009

PRK MU: Muhyiddin Mencabar PAS

Nampaknya Muhyiddin lebih berani daripada Najib untuk berbahas dengan PAS. Tetapi bukannya menerima jemputan TGNA untuk berdebat secara terbuka. Beliau hanya mencabar PAS supaya membuktikan bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama memerintah negara.

Baru2 ini beliau dengan berani membidas agar TGNA bertaubat. Tidak salah kita menggelarkan beliau sebagai 'TG Muhyiddin', ulama baru dalam UMNO. Beliau harus bertanggungjawab dengan apa kenyataan yang telah beliau keluarkan itu. Jangan salahkan rakyat MU sekiranya majoriti calon PAS akan meningkat dari yang sebelumnya.

Semasa berceramah di MU semalam, TG Muhyiddin berkata:

"Kalau dilihat dalam Perlembagaan UMNO salah satunya adalah untuk menegakkan syiar Islam. Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyebut mengenai asas dan tujuan penubuhan UMNO yang antara lain, 'menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. PAS menuduh Kesedar tidak melakukan apa2 sedangkan kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk membangunkan MU".

Memanglah kalau nak baca apa yang tertulis dalam perlembagaan. Masaalahnya, adakah UMNO melaksanakannya dalam sistem pemerintahan mereka? Setahu kita prinsip 'agama & politik tidak boleh dicampur' sudah jelas ianya bertentangan dalam Islam. Apa2 pun kita tunggu jawapan balas dari TGNA kita.

2 comments:

Prof. Era Pasca said...

usah di layan mamt mohyidin nih... nak kipas najib jo

Anonymous said...

Sumbangan calon PAS PRK N41 di http://dedahmanekurai.blogspot.com/

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA