Semua pihak haruslah ketepikan ideologi politik masing2 dan sama2 menuntut agar Kerajaan mempercepatkan siasatan serta menubuhkan suruhanjaya dengan kadar seberapa segera. Pihak yang berwajib haruslah menerima pendapat serta saranan dari pelbagai pihak. Seandainya kes ini tergantung lebih lama,maka lebih buruklah jadinya.
Sekarang pun sudah kedengaran bahawa mediang mati akibat daripada perbuatan 'membunuh diri'. Kenapa dia membunuh diri? Apa alasan dan mengapa? Tidak salah bagi Kepimpinan PR yang telah sependapat menolak alasan tersebut dan mengatakan ada sesuatu yang berlaku dan ini perlu disiasat.
Video didalam
Mayat Mendiang hanya dibawa keluar daripada bangunan Plaza Masalam selepas kira2 8 jam dia ditemui mati, di bahagian bumbung tingkat 5 bangunan itu. Anggota polis telah membawa keluar mayat kira2 jam 9 malam tadi menerusi pintu belakang bangunan berkenaan, bagi mengelakkan diserbu oleh wartawan dan jurugambar. Selain itu, 5 pakar forensik berpakaian merah hati dari 3 buah hospital, dilihat memasuki bangunan itu kira2 jam 6.30 petang.
Di bawah adalah rakaman video semasa perhimpunan di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam yang menuntut agar SPRM disiasat. Kekecohan telah berlaku angkara kehadiran FRU.....
Part 1
Part 2
No comments:
Post a Comment