Kerajaan Kuasa Rakyat ini telah memberi geran2 kepada orang2 kampong yang selama 50 tahun ini tidak di pedulikan.Betapalah sukanya hati rakyat Perak yang telah berpuluh puluh tahun menunggu geran.Inilah bezaya kerajaan Kuasa Rakyat dari kerajaan Kuasa Lama.
Kuasa Lama mementingkan dan memilihara para cukung dan kroni untuk mengumpul harta. Kerajaan Kuasa Rakyat untuk kesejahteraan ramai.Langkah adil kerajaan Kuasa Rakyat ini tidak di senangi oleh Kuasa Lama. Mereka merasakan jika ini berterusan maka kuasa mereka bukan hanya akan lupus di Perak malah di seluruh Malaysia. Ini kerana masih banyak Pak Cik dan Mak Cik peneroka Felda yang telah berpuluh-puluh tahun menunggu tetapi geran tanah mereka masih belum di dalam tangan.
Kuasa Lama tidak mahu dasar tepat dan adil Kerajaan Rakyat di Perak ini akan mempengaruhi dan menjadi contoh untuk beratus ribu lagi rakyat di seluruh negara yang sedang menunggu-nunggu hak geran tanah mereka.Warga Perak akan di jadikan warga contoh.Jika inginkan hak tanah,maka orang ramai wajib memilih kerajaan Kuasa Rakyat.
Amat sahih Kuasa Lama tidak berpuas hati. Dendam kesumat berkobar-kobar. Lalu mereka memainkan rasa benci orang Melayu terhadap Orang Cina. Kuasa Lama berpropaganda bahawa geran tanah ini di beri kepada Orang Cina. Orang Cina dijadikan alasan untuk menunjukkan bahawa Kuasa Rakyat ini adalah Kuasa Cina. Para pemimpin politik Kuasa Rakyat di Perak di tuduh sebagai ‘hamba Cina’.
Data-data dan angka-angka resmi dari Kerajaan Perak menunjukkan Orang Melayulah yang mendapat lebih banyak geran tanah dari Orang Cina. Dalam projek memperbaiki kampong tersusun jumlah Orang Melayu lebih ramai. Pekara ini sengaja di tutup lingkup. Ini kerana Kuasa Lama mahukan Orang Melayu membenci Kuasa Rakyat di Perak.
Selama 50 tahun ini Kuasa Lama telah melahirkan tembok dan pagar agar kita tidak dapat berkenalan rapat antara satu dengan yang lain. Lembaga2 di dirikan bukan untuk merapatkan kita tetapi untuk menjauhkan kita sesama kita. Justeru sikap prasangka semakin menebal. Ini di tambah pula dengan cerita-cerita ‘ bencikan Cina’ yang menjadi peluru berpandu Kuasa Lama untuk menewaskan Kuasa Rakyat.Kuasa Lama tidak sedar Kuasa Rakyat bukan ‘hamba Cina atau hamba Melayu’.Kuasa Rakyat ialah hamba rakyat.Kuasa Rakyat ialah hamba keadilan dan ketelusan.
Tumbukan boleh datang bertalu-talu selama 50 tahun,bukan sepuluh pusingan rakyat menerima tumbukan dari Kuasa Lama.Tumbukan2 Kuasa Lama telah menghancurkan mimpi,mengkeringkan bumi,memindahkan rumah, menggondolkan hutan dan merosakkan alam.
Tidak ada satu kuasa yang akan dapat menumbangkan Kuasa Rakyat. Rakyat Perak dan Rakyat Malaysia telah bangun berdiri tegak dalam dalam gelanggang untuk menggunakan kuasa menentukan masa depan anak bini mereka.

Untuk sementara waktu loceng mungkin berbunyi.Dolar dan ringgit bertukar tangan.Emas dan Perak bertukar tangan. Hakim mungkin berat sebelah tetapi Rakyat Perak tetap dalam gelanggang. Merekalah yang akhirnya akan menentukan Kuasa Rakyat.
No comments:
Post a Comment