
Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi DUN,selaras dengan prinsip2 hak asasi manusia,akan dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri,terutama apabila kesahihan surat perletakan Adun diragui.
Sempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas.Walaupun Suhakam mendapati pilihanraya di Malaysia pada umumnya bebas, tetapi ia tidak adil sepenuhnya kerana ada contoh berlaku penyelewengan kemudahan dan dana kerajaan,dakwaaan berlakunya politik wang dan perbuatan membeli undi sewaktu tempoh kempen pilihanraya, termasuk kawalan ke atas media.
Bagaimanapun,Suhakam juga mendapati ada pembaikan dalam proses pilihanraya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil baru2 ini.
No comments:
Post a Comment