Tidak berapa lama lagi Pak Lah akan terpaksa menunaikan janjinya untuk menyerahkan secara resmi `tongkang' Umno yang reput itu kepada Najib. Serah menyerah itu bakal dilakukan di hadapan penghuni2 tongkang yang semakin berkurangan dan jika ada pun yang tinggal hanya manusia yang terlalu lanjut usia yang tinggal beberapa batang gigi sahaja.
Orang2 tua seperti ini bukan suka sangat tinggal lama di dalam tongkang yang semakin tenggelam itu, tetapi mungkin kerana sudah tidak lagi terdaya untuk keluar dan berenang menuju ke kapal PR yang teguh dan semakin gagah meninggalkan tongkang tua Umno.
Bukan tidak ada yang muda2 di dalam tongkang karat itu tetapi yang muda2 di situ sibuk mengumpul harta benda yang ada sebelum tongkang ini tenggelam dan mereka akan melompat keluar dan berenang bersama-sama harta benda yang telah mereka sapu. Maka, tinggallah situa di dalam kapal menunggu untuk ditalkinkan bersama tongkang tersebut.
Mulai sekarang, kita tidak perlu membicarakan hala tuju tongkang buruk Umno. Kita hendaklah memperkemaskan bahtera kita untuk kita meneruskan perjalanan membawa bersama rakyat jelata. Kita telah pun memilih nakhoda untuk memimpin kita dan bersamalah kita membantunya. Jika nakhoda tersalah atau tersesat jalan, kita harus menegurnya secara baik bukan untuk menghumban nakhoda yang kita pilih itu ke lautan. Nakhoda pula perlulah sedia menerima teguran dengan sebaiknya.
Mudah-mudahan bahtera PR akan sampai ke destinasi di Putrajaya dan di sana kita akan dirikan muzium untuk menyimpan tongkang usang Umno beserta saki baki khazanah yang ada di dalam tongkang tersebut untuk dipamerkan kepada generasi yang akan datang. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment