" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 February 2009

Matinya Demokrasi Di Perak

oleh:Shamsul Iskandar Mohd Akin 



Demokrasi telah mati di Perak, itu anggapan saya sebaik saja Dr. Zambry Abd Kadir berjaya mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang baru, kononnya. Hakikat sebenar Zambry hanya menjadi MB untuk BN, bukan MB untuk rakyat Perak.Saya percaya di kepala ramai pimpinan Umno khususnya Najib Tun Razak, itu kejayaan maha-besar yang boleh meningkatkan imej Najib di mata perwakilan Umno sempena Perhimpunan Agung Umno Mac depan.Saya berminat untuk menyanggah kenyataan Najib sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama hari ini. Najib mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baru dibentuk di Perak diharapkan akan terus kekal walaupun dengan majoriti mudah. 



Najib mengatakan:

“apa yang telah berlaku dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan dan “tiada apa yang tidak mengikut perlembagaan”.

Suka saya bertanya kepada manusia ini, JELASKAN DAN PERINCIKAN LUNAS PERLEMBAGAAN MANA YANG DIGUNAPAKAI OLEH UMNO-BN UNTUK MEWUJUDKAN KERAJAAN HARAM BN DI PERAK?



Undang-undang Tubuh Negeri Perak jelas memperincikan melalui Perkara 16(6) bahawa jawatan Menteri Besar tidak boleh dilucutkan oleh Sultan melainkan melalui pembubaran DUN.Memandangkan Najib dan pimpinan Umno Perak bermazhabkan ideologi ‘demokrasi pondan’, maka mereka sanggup menggunakan jalan belakang untuk menobatkan dengan angkuh bahawa BN kembali berkuasa di Perak. Kerana mereka tahu, sekiranya pilihanraya mengejut di adakan melalui pembubaran DUN Perak, Pakatan akan mampu mengekalkan tampuk pemerintahan dengan majoriti yang lebih besar dan selesa!



Najib berkata lagi:

Najib berkata kerajaan pimpinan BN perlu bersih, bukan sahaja sebagai sebuah kerajaan yang mesra rakyat tetapi mesti mempunyai integriti.



Bersih? Apakah saya tersalah dengar? Terbunuhnya Altantuya, hilangnya Balasubramaniam, terdedahnya pengakuan Sirul Azhar di mahkamah baru-baru ini, apakah ini membuktikan sebenar-benarnya beliau suci dan bersih dari sebarang bentuk anasir jahat dan kotor?



Najib terus berhujah dengan songsang:


Ditanya mengenai pengambilalihan kerajaan Perak itu, Najib berkata perkara itu dilakukan secara betul dan bukannya tidak betul.“Tolong tanya kepada Pakatan Rakyat, kenapa mereka mulakan perkara ini. Mereka uar-uarkan nak tubuh kerajaan 16 Sept.“Maknanya prinsip ini, prinsip yang telah disebut PR, prinsip ini mereka terima dan telah cuba amalkan. Mereka nak tumbangkan kerajaan pusat dengan curi 31 Anggota Parlimen BN. Siapa yang mulakan prinsip ini. Bukan BN.


Tolong tanya mereka,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.



Najib tanya, saya jawab. Benar, Pakatan melancarkan projek 916. Tetapi apakah yang membezakan Pakatan dan BN?



Pertama, Pakatan tidak mengumpan mana-mana Ahli Parlimen dengan wang bernilai jutaan ringgit sebagaimana yang dilakukan oleh Umno-BN.



Kedua, Pakatan tidak mengugut dan mengancam mana-mana Ahli Parlimen BN dengan ugutan ISA, gangguan keluarga dan juga ancaman keselamatan.


Ketiga, Pakatan mahu menawan pemerintahan Malaysia untuk menghentikan kezaliman Umno ke atas rakyat, tetapi Umno menggunakan kaedah jahat untuk merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk meneruskan kezaliman!



Najib menambah:


Ditanya mengenai tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun diminta berbuat demikian selah-olah derhaka kepada Sultan Perak, Najib berkata apa jua keputusan Sultan itu hendaklah dihormati.Katanya, apa yang diputuskan oleh Sultan Perak, sebagai bekas Ketua Hakim Negara, pasti baginda amat memahami peranan sebagai Raja Berperlembagaan.“Tidak ada sesiapapun patut cabar keputusan Tuanku kerana itu sebagai menghina institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.



Tidak timbul soal Pakatan mahu mencabar Tuanku Sultan Perak. apa yang dilakukan Pakatan ialah memaknakan apa yang telah digaris oleh Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Malah permainan media tajaan Umno-BN yang sangat busuk memainkan isu derhaka juga sangat menjelekkan. Saya kira gambar di bawah akan mengingatkan pengamal media yang pro-Umno untuk bermuhasabah.

natang


Pimpinan Pakatan Rakyat akur dengan titah Tuanku Sultan Perak, tetapi kami juga yakin dan percaya bahawa ada anasir-anasir jijik yang bertindak untuk melakukandivert ke atas penyelesaian sebenar demi kemaslahatan rakyat negeri Perak keseluruhannya.Tuntasnya, saya percaya bahawa rakyat akan menjadi semakin cerdik dan terus celik dengan melihat apa yang telah berlaku di Perak. Saya tahu, ini ‘Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’. Ya, benar. Inilah projek yang menjanjikan nisan buat Umno-BN menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 kelak!

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA