Setelah hampir tersungkur di PRU Mac ‘08, UMNO terus tewas di hati rakyat dengan menaikkan harga minyak mendadak. UMNO tewas lagi di Permatang Pauh dan akhirnya UMNO menerima kekalahan yang paling memalukan apabila gagal mempertahankan P36 Kuala Terengganu malah kehilangan beberapa ribu majoriti.
Dalam keadaan tewas demi tewas, gerombolan ini bukan sahaja tidak melihat ke bawah dengan mengkaji kelemahan yang mereka punyai, gerombolan ini tidak bertanya kepada rakyat apakah salah mereka hingga saban hari ditolak rakyat, gerombolan ini juga tidak insaf serta muhasabah diri dengan kekurangan yang ada. Malah, gerombolan UMNO semakin membabi buta dalam usaha kononnya mengembalikan semula kepercayaan rakyat.
UMNO kehilangan negeri Perak melalui pilihanraya umum ke 12. Mengikut jumlah undi juga, mereka kekurangan lebih 40ribu undi majoriti. Jadi tiada sebab untuk mereka memiliki negeri yob ini. Jikapun gerombolan mempunyai bilangan ahli DUN majoriti yang mencukupi sekalipun, yang membolehkan kuasa berpindah milik, itu adalah amalan yang mengikut peruntukkan undang2. Tiada masalah dengan cara sedemikian sepertimana yang dirancang DSAI melalui projek 916nya.
Tetapi apabila beberapa ADUN PR hilang, berlaku pula beberapa siri kejadian ‘culik dan tukar’. Jadi, jangan salahkan rakyat sekiranya mereka berkata, ada sesuatu yang telah berlaku samada mangsa culik telah ditawarkan sesuatu yang lumayan atau ugutan melampau.
UMNO nampaknya begitu terdesak untuk merampas Perak dengan cara paling kotor dalam sejarah kerana mengikut arus keputusan P36, mereka bakal kehilangan kerajaan pusat dalam PRU akan datang. Jadi mereka datang merampas negeri sambil merampas sisa2 demokrasi.
UMNO nampaknya begitu terdesak untuk merampas Perak dengan cara paling kotor dalam sejarah kerana mengikut arus keputusan P36, mereka bakal kehilangan kerajaan pusat dalam PRU akan datang. Jadi mereka datang merampas negeri sambil merampas sisa2 demokrasi.
No comments:
Post a Comment