Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di negeri itu, Kedah dan Selangor.Difahamkan pengedar2 juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu.Gangguan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.
Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman berkata,pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.Pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam,yang diedarkan mulai hujung minggu lepas,dicetak.Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut.

Edisi Jumaat lepas yang memuatkan laporan muka depan,SPR dianggap "memihak kepada BN" susulan keputusannya tidak mengiktiraf kekosongan dua kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang seperti didakwa oleh speaker dewan itu, V Sivakumar.
Pengurus pemasaran akhbar itu Shuhaimi Embong pula berkata pihaknya akan menyediakan khidmat peguam jika penjualnya memerlukan dan akan membayar ganti rugi atas rampasan tersebut.
Sementara itu,akhbar PKR Suara Keadilan juga mengalami rampasan sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu,pertengahan bulan lepas,di Johor dan Melaka.Menurut ketua penerangan PKR Tian Chua, rampasan itu kemungkinan berhubung laporan janji2 politik yang didakwa gagal ditunaikan oleh timbalan perdana menteri.Pegawai2 KDN turut menakut-nakutkan penjual agar tidak mengedar Suara Keadilan.PKR akan mengumpul maklumat lengkap dan bertemu KDN untuk membincangkan perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment