Mantan Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim mahu menumpu sepenuh perhatian merumuskan platform asas untuk Pakatan Rakyat sempena Persidangan Pakatan Rakyat Disember dapan.
Sehubungan itu, Zaid memohon cuti enam bulan dari PKR supaya beliau tidak dikekang dari hal ehwal politik. “Fokus saya sekarang adalah membantu Pakatan Rakyat di mana saya untuk merangka dasar-dasar dan memastikan tidak wujud perbezaan di dalam PR,” katanya.
Zaid telah menghantar surat rasmi menjelaskan hasrat ini kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Salehuddin Hashim.
Mantan Menteri Umno itu dibawa masuk Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim awal tahun ini. Beliau diberi tanggungjawab untuk merumuskan platform PR menghadapi pilihanraya umum ke-13, dengan matlamat merampas Putrajaya dari Umno-BN.
Zaid berkata platform PR kini berada di peringkat terakhir dan draf akan dihantar kepada pimpinan kanan PKR, DAP dan Pas minggu hadapan. Beliau berharap Persidangan PR nanti meluluskan usul tersebut.
Di ruang maya, Zaid berkata menghadapi tentangan dari kelompok tertentu dalam PKR, namun beliau menafikan desas-desus perseteruan dengan mana-mana pihak. Sementara itu, pejabat setiausaha Agung PKR mengesahkan menerima surat bercuti daripada Zaid.
Sekiranya benar apa yang Zaid Ibrahim katakan itu tidak mengapalah. Tapi, dengan keputusan yang mengejut sebegini, rakyat pasti merasakan ada sesuatu yang tidak kena, seperti ada pihak yang menekan beliau. Pihak mana pula menekan beliau? Dari PKR, PR ataupun daripada UMNO?
Adakah perancangan untuk mendaftarkan pakatan itu dibawah satu bendera akan terbengkalai begitu saja kerana Zaid boleh dilihat sebagai harapan kepada DSAI. Apabila beliau masuk ke dalam PKR terus mendapat tempat yang selesa dalam PKR serta PR.
(TVS)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
October
(76)
- Khalid:Badrul Boleh Saman Malu Jika Mahu
- LIWAT II: 6 Nov Rayuan Berhubung Sampel Spesimen ...
- MB Selangor: Badrul Tidak Layak Wakili PKR
- Kenyataan Media Presiden PKR
- 'Penyakit' BN Mula Menular Kepada PR ?
- Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat
- Risiko Muktamar Khas Luar Biasa...
- Krisis Dalaman MCA Belum Reda
- Syabas Tok Guru
- TBH: Keluarga Fail Permohonan Gali Kubur Mendiang
- DUN Kelantan Lulus Kenaikan Elaun
- TGNA Tidak Mahu PAS “Di Hukum” Seperti PRU-11
- Tidak Perlu EGM Ganti Pemimpin: Azizan
- TGNA Bakal Di Tentang Kumpulan Pro-UG?
- Saya Sudah Tua Untuk Di Dalangi — Nik Aziz
- EGM Diganti Kepada Mesyuarat Khas
- Mahkamah Tolak Bantahan DSAI
- PAS: Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
- MCA Kalah Sebelum PRU-13
- TBH: Coretan Inkues Pada 21/10
- Brahim Ali Ada' Keistimewaan Tersendiri'
- Pemimpin Pakatan Diarah Jaga Kenyataan Masing-Masing
- DSAI: Krisis Azmin-Zaid Perkara Biasa
- Konsep 1Malaysia Juga Diciplak Dari Indonesia
- Tiada Siapa Mahukan Brahim Ali
- Komen DSAI Mengenai Isu Zaid Bercuti
- Tiada Sebarang Kepincangan Berlaku Dalam PKR
- Transformasi Perlu Melibatkan Dasar – TGNA
- Cuti Zaid Tidak Sepatutnya Berlaku Di Kala Ini
- Zaid Ibrahim Undur Diri, Mahu Tumpu Perkukuh Platf...
- Bagaimana UMNO Nak Berubah ?
- Musa: Melayu Kurang Yakin Diri
- PKR: Pembaharuan Umno Hanya Gimik
- UMNO Belum Berubah, Tapi Menang Di Bagan Pinang
- Sekadar Untuk Perbandingan
- Seandainya PRK Bagan Pinang Tidak Ada
- Usaha Mendaftarkan PR Sebagai Gabungan Rasmi
- DSAI Tetap Menjadi Pilihan KJ
- Tindakan disiplin terhadap Mahasiswa UM
- Undi POS: Pemuda PAS Cabar UBN Negeri 9 Berdebat
- Kes Saman RM2 Juta Terhadap Raja Petra
- Bagan Pinang Dan Pindaan Perlembagaan UMNO
- Pemantauan PRK Bagan Pinang
- MCA Tak Sama Dengan UMNO ?
- BN Menang Besar !
- Ku Li: Lebih Baik Jika UMNO Kalah
- Saingan Sengit Di Bagan Pinang (UPDATE)
- EGM Berakhir Dengan Kemelut Yang Lebih Besar
- Pendaftaran PR : Keutuhan Dan Kesefahaman Diutamakan
- Selepas Bagan Pinang, Kota Seputeh Pula?
- AMK Selangor: Bajet Untuk Generasi Muda
- Politik Wang Bukan Rasuah Kata Isa
- Markas Pemuda PAS Diceroboh, Petugas Ditetak
- Bekas Tentera Dakwa Tidak Tahu Ada Undi Pos
- PAS-DAP Selangor Rapatkan Barisan
- Pengundi Berganda: PAS Timbang Tindakan Mahkamah
- Bekas Tentera Dinasihat Tukar Status Pengundi Biasa
- PR Atau BN Yang Kering Modal?
- RM 1000 Untuk Gambar Abdul Azeez Ditumbuk
- PAS cabar UMNO Mengenai Surat Fitnah
- Reformasi vs Politik Liwat
- AMK Desak Ismail Sabri Tarik Balik Tuduhan
- Strategi Licik UBN Terhadap Undi Pos Di Bagan Pinang
- Pemuda Umno Boikot Bagan Pinang ?
- Royalti, Insuran Bakal Gegarkan Dewan
- TV3 Suku Melaporkan Penyokong PR Melampau
- PR lawan BN Di Bagan Pinang
- Hikmah PRK Bagan Pinang Bersama Undi Pos
- AMK Selangor Pertahan Kewibawaan dan kredibiliti S...
- Bagan Pinang: Lain Yang Berlawan, Lain Yang Diserang
- TBH: Coretan Inkues Pada 2/10
- PKR Akan Pecat Shahruddin Jika Tanding Bebas
- TBH: Coretan Inkues Pada 1/10
- Rakyat Yang Biayai 1MF1T
- Kes Kugan : Peguam Dan Keluarga Kesal
- Isa Timbulkan Masalah Pada UMNO Di Bagan Pinang
-
▼
October
(76)
1 comment:
Salam Shamb.Yeols...
Ini yang berlaku sebenarnya...
11hb.Oktober,2009 - Pakatan Rakyat kalah teruk dalam PRK N-31. keesokan harinya dalam mt.m2day.org, Raja Petra mengeluarkan artikel ini - Over To You Zaid (http://mt.m2day.org/2008/content/view/27741/84/).
DSAI kemudiannya membaca artikel tersebut dan merasakan seolah-olah Zaid mengkritik kepimpinan beliau dan DSAI nampaknya terlalu marah pada Zaid dan segera menghubungi Zaid melalui sms seterusnya memohon penjelasan dari Zaid atas kenyataannya dalam artikel Raja Petra.
Zaid kemudiannya membalas sms DSAI menjelaskan bahawa itu hanyalah pandangan peribadinya dan bukan mengkritik sesiapa, Zaid juga meminta DSAI menghubungi Raja Petra sendiri untuk lebih jelas.
DSAI masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Zaid dan kemudiannya telah mengarahkan Zaid yang ketika itu sedang meraikan para tetamunya dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri dirumahnya.
Zaid kemudiannya terus bergegas ke HQ PKR di Tropicana untuk bertemu DSAI.
Dari sorotan sequence diatas, dapatkah bro Shamb.Yeols fikirkan apa sebenarnya yang berlaku?
Pada fikiran bro Shamb.Yeols, adakah Zaid yang bersalah (kerana pandangannya) atau DSAI yang bersalah kerana tidak dapat menerima teguran, pendapat atau kritikan dari orang bawahannya..?
Saya tak fikir Pakatan Rakyat akan dapat pergi jauh selagi Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersikap angkuh enggan menerima pandapat, teguran atau kritikan.
Apa kata bro Shamb.Yeols?
-anggap saje aku "Anonymous"
Post a Comment