Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata biarpun orang Melayu sudah boleh diterima sebagai masyarakat terpelajar, matang dan berkebolehan dalam pelbagai profesion tetapi mereka masih lagi kekurangan daripada segi keyakinan terhadap kebolehan sendiri.
“Saya memang insaf dan sedar bahawa banyak lagi kekurangan dan masih jauh harus dijalani tetapi kalaulah mentaliti dan psikologi kita masih negatif, diiringi oleh helah ‘tidak boleh’, tak bolehlah kita,” katanya dalam ucapan balasnya setelah menerima ijazah kehormat Doktor Kerajaan dan Politik daripada Universiti Teknologi Mara di Shah Alam hari ini.
Ijazah itu dianugerahkan kepada beliau oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM pada istiadat konvokesyen ke-71 universiti itu.
Musa berkata mentaliti “tidak boleh” ini jelas nampak apabila para pemikir Melayu dan para penganjur Melayu tidak habis-habis menggunakan hujah seperti “habislah Melayu,” dan “apalah nak jadi kepada Melayu” apabila menghadapi isu-isu negara.
Sebagai penyelesaian pula, katanya, dicadangkan konsep “ketuanan Melayu” tetapi sejarah dunia moden membuktikan bahawa konsep “master race” atau “ketuanan ras” telah gagal apatah lagi apabila menghadapi persaingan daripada mereka yang kukuh serta tinggi tahap pengetahuan dan pintar dalam pelbagai ilmu khususnya sains dan teknologi.
“Pada saya, kalaulah hendak kita cari slogan bersesuaian, terminologi ‘Keterasan Melayu’ lebih baik dan lebih sesuai sebagai konsep asas masyarakat Malaysia yang diidamkan oleh rakyat pada masa ini,” kata Musa.
Ketika mengimbas kembali satu sesi soal jawab beliau dengan seorang pelajar Universiti Malaya pada tahun 1960-an yang menggesa supaya hak istimewa orang Melayu dipastikan berkekalan dalam perlembagaan negara, Musa berkata:
“Di samping saya menegaskan bahawa perkara itu suduhpun cukup termaktub dalam perlembagaan, saya telah sengaja mencabar anak-anak Melayu kita waktu itu dengan mengatakan bahawa orang Melayu harus berasa malu kalau mereka seumur hidup mendapat kedudukan istimewa dalam apa bidang pun semata-mata kerana faktor mereka Melayu.”
Katanya beliau telah menunggu sekian lama ketika bila orang Melayu dengan penuh bangga akan berkata “saya Melayu tetapi saya berjaya kerana saya berkebolehan dan berkelulusan dan tidak takut bersaing dengan sesiapapun”.
“Alhamdulillah, pada hemat saya, masanya telah pun tiba,” kata Musa.
Beliau juga menasihatkan graduan supaya tidak lagi menuntut sesuatu berasas kepada emosi dan sentimen tetapi haruslah berasas kepada ilmu, kelulusan, kebolehan dan pengetahuan berasas kepada keyakinan dan iman.
“Seperkara lagi, janganlah semasa di menara gading mereka mengecam kesalahan pemimpin seperti salah guna kuasa dan rasuah tetapi apabila mereka mempunyai kedudukan tinggi mereka lupa segalanya.
“Janganlah hendaknya kita sendiri menjadi jaguh korupsi dan penyalahguna kuasa dengan tidak mempunyai perasaan insaf dan takwa,” katanya. -BERNAMA
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
16 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
October
(76)
- Khalid:Badrul Boleh Saman Malu Jika Mahu
- LIWAT II: 6 Nov Rayuan Berhubung Sampel Spesimen ...
- MB Selangor: Badrul Tidak Layak Wakili PKR
- Kenyataan Media Presiden PKR
- 'Penyakit' BN Mula Menular Kepada PR ?
- Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat
- Risiko Muktamar Khas Luar Biasa...
- Krisis Dalaman MCA Belum Reda
- Syabas Tok Guru
- TBH: Keluarga Fail Permohonan Gali Kubur Mendiang
- DUN Kelantan Lulus Kenaikan Elaun
- TGNA Tidak Mahu PAS “Di Hukum” Seperti PRU-11
- Tidak Perlu EGM Ganti Pemimpin: Azizan
- TGNA Bakal Di Tentang Kumpulan Pro-UG?
- Saya Sudah Tua Untuk Di Dalangi — Nik Aziz
- EGM Diganti Kepada Mesyuarat Khas
- Mahkamah Tolak Bantahan DSAI
- PAS: Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
- MCA Kalah Sebelum PRU-13
- TBH: Coretan Inkues Pada 21/10
- Brahim Ali Ada' Keistimewaan Tersendiri'
- Pemimpin Pakatan Diarah Jaga Kenyataan Masing-Masing
- DSAI: Krisis Azmin-Zaid Perkara Biasa
- Konsep 1Malaysia Juga Diciplak Dari Indonesia
- Tiada Siapa Mahukan Brahim Ali
- Komen DSAI Mengenai Isu Zaid Bercuti
- Tiada Sebarang Kepincangan Berlaku Dalam PKR
- Transformasi Perlu Melibatkan Dasar – TGNA
- Cuti Zaid Tidak Sepatutnya Berlaku Di Kala Ini
- Zaid Ibrahim Undur Diri, Mahu Tumpu Perkukuh Platf...
- Bagaimana UMNO Nak Berubah ?
- Musa: Melayu Kurang Yakin Diri
- PKR: Pembaharuan Umno Hanya Gimik
- UMNO Belum Berubah, Tapi Menang Di Bagan Pinang
- Sekadar Untuk Perbandingan
- Seandainya PRK Bagan Pinang Tidak Ada
- Usaha Mendaftarkan PR Sebagai Gabungan Rasmi
- DSAI Tetap Menjadi Pilihan KJ
- Tindakan disiplin terhadap Mahasiswa UM
- Undi POS: Pemuda PAS Cabar UBN Negeri 9 Berdebat
- Kes Saman RM2 Juta Terhadap Raja Petra
- Bagan Pinang Dan Pindaan Perlembagaan UMNO
- Pemantauan PRK Bagan Pinang
- MCA Tak Sama Dengan UMNO ?
- BN Menang Besar !
- Ku Li: Lebih Baik Jika UMNO Kalah
- Saingan Sengit Di Bagan Pinang (UPDATE)
- EGM Berakhir Dengan Kemelut Yang Lebih Besar
- Pendaftaran PR : Keutuhan Dan Kesefahaman Diutamakan
- Selepas Bagan Pinang, Kota Seputeh Pula?
- AMK Selangor: Bajet Untuk Generasi Muda
- Politik Wang Bukan Rasuah Kata Isa
- Markas Pemuda PAS Diceroboh, Petugas Ditetak
- Bekas Tentera Dakwa Tidak Tahu Ada Undi Pos
- PAS-DAP Selangor Rapatkan Barisan
- Pengundi Berganda: PAS Timbang Tindakan Mahkamah
- Bekas Tentera Dinasihat Tukar Status Pengundi Biasa
- PR Atau BN Yang Kering Modal?
- RM 1000 Untuk Gambar Abdul Azeez Ditumbuk
- PAS cabar UMNO Mengenai Surat Fitnah
- Reformasi vs Politik Liwat
- AMK Desak Ismail Sabri Tarik Balik Tuduhan
- Strategi Licik UBN Terhadap Undi Pos Di Bagan Pinang
- Pemuda Umno Boikot Bagan Pinang ?
- Royalti, Insuran Bakal Gegarkan Dewan
- TV3 Suku Melaporkan Penyokong PR Melampau
- PR lawan BN Di Bagan Pinang
- Hikmah PRK Bagan Pinang Bersama Undi Pos
- AMK Selangor Pertahan Kewibawaan dan kredibiliti S...
- Bagan Pinang: Lain Yang Berlawan, Lain Yang Diserang
- TBH: Coretan Inkues Pada 2/10
- PKR Akan Pecat Shahruddin Jika Tanding Bebas
- TBH: Coretan Inkues Pada 1/10
- Rakyat Yang Biayai 1MF1T
- Kes Kugan : Peguam Dan Keluarga Kesal
- Isa Timbulkan Masalah Pada UMNO Di Bagan Pinang
-
▼
October
(76)
No comments:
Post a Comment