Seseorang pemimpin Pas yang tidak disukai boleh diganti tanpa melalui Muktamar Khas (EGM). Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, proses penggantian sebaliknya boleh diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat sahaja, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.
"Atas sebab itu, Pas Kedah berpendirian bahawa EGM tidak perlu buat masa ini, dan yang perlu diadakan hanyalah mesyuarat jawatankuasa Pusat," kata Menteri Besar Kedah itu.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah turut menyanggah kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa wujudnya perpecahan serius dalam Pas susulan kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu diadakan EGM bagi menyingkir tiga pemimpin kanan parti itu yang dikatakan bermasalah.
Sebaliknya, kata Azizan, apa yang berlaku hanyalah perbezaan pendapat yang disuarakan oleh beberapa kepimpinan tertinggi parti itu, dan isu itu tidak sedikitpun memecah-belahkan perpaduan dalam Pas.
“Biasalah dalam parti mana pun, kepimpinan tertinggi menghadapi perbezaan pendapat. Namun kita bukannya berdepan dengan masalah pun, saya pun tidak pasti apa puncanya sehingga timbul kemelut ini, sebab dalam Pas tidak ada masalah pun,” katanya selepas menyempurnakan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri di Institut Pendidikan Guru (IPDA) Kampus Darulaman, semalam.
Menurutnya, tidak wujud dua kumpulan dalam parti itu seperti yang didakwa, dan berikutan itu, tiada keperluan untuk mengadakan EGM.
“EGM hanya untuk menyelesaikan isu-isu besar sahaja, tetapi Pas hanya berdepan dengan isu perbezaan pendapat, namun masalah ini tidak sama dengan MCA yang berdepan dengan masalah kepimpinan manakala UMNO pula meminda perlembagaan parti,” katanya.
Najib dalam satu kenyataan kelmarin berkata, percanggahan dalam Pas semakin serius sehingga timbul dua kumpulan dalam parti itu, iaitu satu mahu bekerjasama dengan UMNO dan satu kumpulan lagi sebaliknya.
Azizan berkata, dakwaan wujudnya pihak ketiga yang cuba melaga-lagakan saf kepimpinan parti itu dengan menimbulkan semula isu pemimpin Pas pro-UMNO tidak dapat dipastikan.
“Saya sendiri tidak pasti sama ada didalangi pihak ketiga atau kemungkinan Tok Guru kecewa dan meluahkan pendapat peribadinya kerana tertekan dengan serangan peribadi yang dilemparkan terhadapnya. Saya tidak menyalahkan Tok Guru dengan tindakannya itu,” katanya.
Beliau juga meminta semua pihak bersabar dan menunggu keputusan yang akan diambil oleh Ahli Jawatankuasa Pusat yang akan bermesyuarat Rabu ini bagi menyelesaikan isu EGM.
(SinarHarian)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
27 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
October
(76)
- Khalid:Badrul Boleh Saman Malu Jika Mahu
- LIWAT II: 6 Nov Rayuan Berhubung Sampel Spesimen ...
- MB Selangor: Badrul Tidak Layak Wakili PKR
- Kenyataan Media Presiden PKR
- 'Penyakit' BN Mula Menular Kepada PR ?
- Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat
- Risiko Muktamar Khas Luar Biasa...
- Krisis Dalaman MCA Belum Reda
- Syabas Tok Guru
- TBH: Keluarga Fail Permohonan Gali Kubur Mendiang
- DUN Kelantan Lulus Kenaikan Elaun
- TGNA Tidak Mahu PAS “Di Hukum” Seperti PRU-11
- Tidak Perlu EGM Ganti Pemimpin: Azizan
- TGNA Bakal Di Tentang Kumpulan Pro-UG?
- Saya Sudah Tua Untuk Di Dalangi — Nik Aziz
- EGM Diganti Kepada Mesyuarat Khas
- Mahkamah Tolak Bantahan DSAI
- PAS: Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
- MCA Kalah Sebelum PRU-13
- TBH: Coretan Inkues Pada 21/10
- Brahim Ali Ada' Keistimewaan Tersendiri'
- Pemimpin Pakatan Diarah Jaga Kenyataan Masing-Masing
- DSAI: Krisis Azmin-Zaid Perkara Biasa
- Konsep 1Malaysia Juga Diciplak Dari Indonesia
- Tiada Siapa Mahukan Brahim Ali
- Komen DSAI Mengenai Isu Zaid Bercuti
- Tiada Sebarang Kepincangan Berlaku Dalam PKR
- Transformasi Perlu Melibatkan Dasar – TGNA
- Cuti Zaid Tidak Sepatutnya Berlaku Di Kala Ini
- Zaid Ibrahim Undur Diri, Mahu Tumpu Perkukuh Platf...
- Bagaimana UMNO Nak Berubah ?
- Musa: Melayu Kurang Yakin Diri
- PKR: Pembaharuan Umno Hanya Gimik
- UMNO Belum Berubah, Tapi Menang Di Bagan Pinang
- Sekadar Untuk Perbandingan
- Seandainya PRK Bagan Pinang Tidak Ada
- Usaha Mendaftarkan PR Sebagai Gabungan Rasmi
- DSAI Tetap Menjadi Pilihan KJ
- Tindakan disiplin terhadap Mahasiswa UM
- Undi POS: Pemuda PAS Cabar UBN Negeri 9 Berdebat
- Kes Saman RM2 Juta Terhadap Raja Petra
- Bagan Pinang Dan Pindaan Perlembagaan UMNO
- Pemantauan PRK Bagan Pinang
- MCA Tak Sama Dengan UMNO ?
- BN Menang Besar !
- Ku Li: Lebih Baik Jika UMNO Kalah
- Saingan Sengit Di Bagan Pinang (UPDATE)
- EGM Berakhir Dengan Kemelut Yang Lebih Besar
- Pendaftaran PR : Keutuhan Dan Kesefahaman Diutamakan
- Selepas Bagan Pinang, Kota Seputeh Pula?
- AMK Selangor: Bajet Untuk Generasi Muda
- Politik Wang Bukan Rasuah Kata Isa
- Markas Pemuda PAS Diceroboh, Petugas Ditetak
- Bekas Tentera Dakwa Tidak Tahu Ada Undi Pos
- PAS-DAP Selangor Rapatkan Barisan
- Pengundi Berganda: PAS Timbang Tindakan Mahkamah
- Bekas Tentera Dinasihat Tukar Status Pengundi Biasa
- PR Atau BN Yang Kering Modal?
- RM 1000 Untuk Gambar Abdul Azeez Ditumbuk
- PAS cabar UMNO Mengenai Surat Fitnah
- Reformasi vs Politik Liwat
- AMK Desak Ismail Sabri Tarik Balik Tuduhan
- Strategi Licik UBN Terhadap Undi Pos Di Bagan Pinang
- Pemuda Umno Boikot Bagan Pinang ?
- Royalti, Insuran Bakal Gegarkan Dewan
- TV3 Suku Melaporkan Penyokong PR Melampau
- PR lawan BN Di Bagan Pinang
- Hikmah PRK Bagan Pinang Bersama Undi Pos
- AMK Selangor Pertahan Kewibawaan dan kredibiliti S...
- Bagan Pinang: Lain Yang Berlawan, Lain Yang Diserang
- TBH: Coretan Inkues Pada 2/10
- PKR Akan Pecat Shahruddin Jika Tanding Bebas
- TBH: Coretan Inkues Pada 1/10
- Rakyat Yang Biayai 1MF1T
- Kes Kugan : Peguam Dan Keluarga Kesal
- Isa Timbulkan Masalah Pada UMNO Di Bagan Pinang
-
▼
October
(76)
No comments:
Post a Comment