" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 October 2009

Ku Li: Lebih Baik Jika UMNO Kalah

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata kemenangan untuk calon UBN Isa Samad di Bagan Pinang bermakna kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.

"Walaupun kemenangan Isa pastinya dialu-alukan kepimpinan parti ekoran kekalahan berturut-turut Umno, namun dukacita saya katakan bahawa apa yang rakyat dan negara ini perlukan adalah Umno tewas di Bagan Pinang. Ini kerana kita sekali lagi mengetengahkan calon yang terbukti seorang perasuah. Kemenangan Isa bermaksud sokongan kepada budaya rasuah amalan parti dan kerajaan yang dipimpin," kata mantan Naib Presiden Umno itu.

Razalegh menambah atas nama maruah bangsa Melayu dan demi kesinambungan reformasi di negara ini, Umno perlu tewas supaya kekalahan itu menjadi ubat memulihkan kereputan moral parti.

"Rasuah adalah barah yang membunuh Malaysia. Sekiranya ia tidak dibendung, Umno akan dilihat saling tidak tumpah seperti barah itu," kata Razaleigh.

Selain dari Tengku Razaleigh, mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan rasa tidak puas hati dengan pencalonan Isa Samad, yang digantung tiga tahun selepas didapati terbabit dalam politik wang.

Sebelum ini, Razaleigh turut menegur pemilihan calon BN dalam PRK Permatang Pasir. Beliau berkata pemilihan calon melambangkan integriti dan dasar parti terbabit.

"Seorang pemimpin muda Umno pernah dipetik sebagai berkata ciri-ciri utama dalam pemilihan calon yang jaminan calon itu pasti menang dalam pilihanraya. Ini jelas sekali pemikian dangkal punca Umno dan BN tidak disenangi, bahkan melawan arus tuntutan rakyat Malaysia yang mahukan ketelusan dan ketanggungjawaban," katanya dalam blog beliau.

"Kepimpinan parti parti melangkah kebelakang buat seketika dan bermuhasabah - fikiran bagaimana pilihan calon mencerminkan parti dan integriti mereka. Sebenarnya jenis pemimpin yang kita sanjung mencerminkan pendirian dan dasar parti secara langsung," tambahnya.

(TVA)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA