" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 October 2009

Bekas Tentera Dakwa Tidak Tahu Ada Undi Pos

Seorang bekas tentera berpangkat Leftenan mendakwa selama hampir 30 tahun berkhidmat, beliau tidak pernah mengundi pos atau diberikan penerangan oleh pegawai atasan mengenai haknya sebagai pengundi.

Malakan Kamaruddin, 72, (gambar) yang bersara pada 1985 ketika bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau tidak tahu anggota tentera berhak mengundi secara pos. Beliau yang mula berkhidmat pada 1958 berkata, anggota bawahannya juga tidak mengetahui mengenai undi pos.

"Memang nama saya ada (dalam undi pos) tetapi saya dan rakan lain tidak pernah mengundi selama berkhidmat dalam tentera," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bongek, Rembau, semalam.

Malakan mempersoal kewajaran Kerajaan Pusat, khususnya Kementerian Pertahanan, membenarkan wakil parti bertanding berada semasa proses pengundian dan pengiraan.

"Adakah ia dilaksanakan secara adil dan telus? Saya harap Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah," katanya.

(SinarHarian)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA