" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

18 October 2009

Tiada Siapa Mahukan Brahim Ali

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali nampaknya terpaksa menggunakan 'payung' (logo semasa tiket bebas) beliau semula sekiranya masih mahu berentap dalam pilihanraya. PAS, sudah pasti tidak akan menerimanya kembali. Brahim tidak mengenal sesiapa, TGNA pun, di tentangnya.

Sebelum ini kononnya ada suara yang mahukan Brahim 'rujuk' kembali kepada UMNO. rupa-rupanya, beliau hanya bertepuk sebelah tangan, banyak suara yang tidak mahu daripada yang mahu Brahim kembali.

Hari ini, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan Brahim bagi mengelak 'pisang berbuah 2 kali'.

Setiausaha pergerakan itu berkata, apa yang dialami oleh UMNO sebelum ini cukup menyedarkan, apabila Brahim sanggup menentang calon BN kerana beliau tidak terpilih. Pada PRU-12 pula, Brahim menggunakan PAS untuk menentang calon BN, 1 lawan 1. Brahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh PAS kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Apabila dinilai dengan perangai Brahim yang ramai sudah ketahui, lebih elok beliau terus menggunakan tiket bebas selagi beliau masih 'bernafsu' untuk bertanding.

2 comments:

HangNadim® said...

Ceh!! Masa mula-mula dia bertanding pakai lambang bulan aku dah agak dah si Ebrehem Ali ni akan buat hal. Aku dah boleh agak yang dia akan mengkhianti parti yang bagi laluan untuk dia bertanding, dengan penuh maruah sebab bagi aku bukan mudah untuk bertanding menggunakan lambang bulan. Bukan sebab lambangnya tapi sebab konsep dan akar perjuangannya. Walau macam manapun aku tetap menghormati keputusan Tok Guru dari mula sampai lah insiden yang berlaku sekarang ni. PRU yang akan datang kita kena pastikan karier politik manusia bangsat ini dikuburkan di bawah timbunan pasir mas.

Anonymous said...

memalukan club frog katak sedunia aje brahim nih,,,

tok guru kata pendapatan nya sebagai MP dipilih rakayak tak berapa betul @ kurang bersih... patut letak jawatan aja!!

dia kata 1 sen pun dia tak makan duit tu, 100% dikembalikan pada rakyat....

munafik... munafikkk.... munafikkkkk......

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA