Angkatan Muda Keadilan Selangor mempertahankan kewibawaan dan kredibiliti SELCAT dalam usaha membentuk sebuah kerajaan Selangor yang lebih adil, telus dan terbuka. Penubuhan SELCAT itu sendiri membuktikan bahawa kerajaan Selangor serius dan komited melaksanakan pembaharuan dan reformasi pentadbirannya. AMK Selangor menolak dakwaan sama sekali bahawa fungsi SELCAT kini hanya menjadi alat politik semata-mata dan ia bersifat perkauman.
AMK Selangor yakin dengan kewibawaan SELCAT dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberi tanpa rasa takut dan teragak-agak. Malahan dengan ketegasan SELCAT itu sendiri menjadi bukti bahawa pembaharuan dan ketelusan yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bukan sekadar gimik politik dan omong-omong kosong sahaja. AMK Selangor mahu melihat SELCAT mempunyai keberanian yang luar biasa untuk memastikan individu yang telah diamanahkan melaksanakan tugas dengan baik serta penuh dedikasi.
AMK Selangor memberi harapan yang tinggi kepada SELCAT untuk menjadi sebuah institusi yang disegani dan digeruni oleh semua pihak di negara ini dan peringkat antarabangsa. Ianya menyerlahkan dan tingginya iltizam kerajaan PR di Selangor membongkar dan menyiasat sebarang unsur-unsur penyelewengan yang telah berlaku mana-mana pihak.
AMK Selangor menaruh keyakinan tinggi sekarang bahawa para kakitangan awam akan merasa lebih selamat dan terjamin dengan adanya SELCAT kerana mereka kini dapat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh profesional. Sebelum ini kakitangan awam "terpaksa" menerima "arahan-arahan" tertentu daripada orang-orang politik tanpa dapat mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut.
Justeru dengan adanya SELCAT, para anggota perkhidmatan awam akan dapat mempertingkatkan tahap profesionalisme dan kualiti perkhidmatan yang seterusnya mengangkat peranan besar para anggota perkhidmatan awam di semua peringkat memberi sumbangan yang bermakna.
Malahan kini rakyat Selangor sendiri dapat melihat buat pertama kalinya segala perbelanjaan peruntukan wang rakyat akan dipantau dan diperhatikan serta disiasat dengan teliti. Justeru, rakyat akan bertambah yakin ke mana segala perbelanjaan dan peruntukan wang rakyat dibelanjakan. Selama ini di bawah kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun segala perbelanjaan wang rakyat langsung tidak pernah disiasat dan dipersoalkan oleh sebuah badan bebas yang tanpa takut dan gentar melaksanakan tugasnya.
AMK Selangor juga amat mengalu-alukan sebarang usaha dan idea-idea kepada pemerkasaan dan penambahbaikan SELCAT daripada semua pihak dan aspek. Melalui pemerkasaan SELCAT dari masa ke masa dengan usaha yang gigih dan komited ahlinya, diharap SELCAT akan terus menjadi "Check and Balance" kepada kerajaan Selangor agar terus dapat menjalankan pentadbiran yang lebih telus dan terbuka untuk kesejahteraan rakyat semuanya.
AMK Selangor juga yakin bahawa kakitangan awam akan terus meletak keyakinan yang tinggi kepada corak dan gaya baru pentadbiran di bawah kerajaan PR yang berusaha keras menolak sebarang unsur rasuah, salah laku dan penyelewengan serta pembaziran wang rakyat. Sebarang peruntukan rakyat yang disalurkan akan dipastikan sampai kepada rakyat dan golongan sasarannya dan tidak dibazirkan begitu sahaja.
AMK Selangor berharap pihak parlimen Malaysia sendiri dapat mewujudkan sebuah badan seperti ini yang lebih berani dan tegas dalam mempersoalkan perbelanjaan wang rakyat. Ianya diharap boleh memanggil mana-mana Menteri dan Timbalan Menteri hatta sehingga kepada Perdana Menteri untuk menjawab dan menjelaskan secara terperinci segala perbelanjaan negara.
AMK Selangor juga menolak tanggapan yang cuba dilontarkan bahawa SELCAT seolah-olah "membuli" dan cuba memalukan individu yang dipanggil semasa siasatan terbuka diadakan. Dengan siasatan terbuka ini yang juga boleh diikuti secara langsung membuktikan bahawa tidak wujud sebarang tekanan dan ugutan. AMK Selangor yakin yang takut dan gentar ialah individu-individu tertentu yang telah mengkhianati amanah rakyat dan membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya.
AMK Selangor berharap agar seluruh rakyat Selangor untuk terus meletakkan keyakinan yang tinggi kepada usaha SELCAT mewujudkan kerajaan yang adil, telus dan terbuka. Sokongan dan dokongan rakyat amat penting untuk memastikan SELCAT dapat terus mempertahankan hak rakyat dalam soal perbelanjaan dan peruntukan yang disalurkan.
Akhirnya, AMK Selangor akan terus mempertahankan kewibawaan dan kredibiliti SELCAT yang telah menjalankan amanah yang diberi dengan sikap tegas dan berani serta tidak berkompromi dengan sebarang usaha menutup penyelewengan dan salah-urus perbelanjaan wang rakyat. Hanya SELCAT yang tegas dan berani sahaja dapat menggentarkan individu dan mana-mana pihak agar selepas ini lebih prihatin,berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membazirkan wang rakyat dan negeri.
oleh: Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin-Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
02 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
October
(76)
- Khalid:Badrul Boleh Saman Malu Jika Mahu
- LIWAT II: 6 Nov Rayuan Berhubung Sampel Spesimen ...
- MB Selangor: Badrul Tidak Layak Wakili PKR
- Kenyataan Media Presiden PKR
- 'Penyakit' BN Mula Menular Kepada PR ?
- Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat
- Risiko Muktamar Khas Luar Biasa...
- Krisis Dalaman MCA Belum Reda
- Syabas Tok Guru
- TBH: Keluarga Fail Permohonan Gali Kubur Mendiang
- DUN Kelantan Lulus Kenaikan Elaun
- TGNA Tidak Mahu PAS “Di Hukum” Seperti PRU-11
- Tidak Perlu EGM Ganti Pemimpin: Azizan
- TGNA Bakal Di Tentang Kumpulan Pro-UG?
- Saya Sudah Tua Untuk Di Dalangi — Nik Aziz
- EGM Diganti Kepada Mesyuarat Khas
- Mahkamah Tolak Bantahan DSAI
- PAS: Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
- MCA Kalah Sebelum PRU-13
- TBH: Coretan Inkues Pada 21/10
- Brahim Ali Ada' Keistimewaan Tersendiri'
- Pemimpin Pakatan Diarah Jaga Kenyataan Masing-Masing
- DSAI: Krisis Azmin-Zaid Perkara Biasa
- Konsep 1Malaysia Juga Diciplak Dari Indonesia
- Tiada Siapa Mahukan Brahim Ali
- Komen DSAI Mengenai Isu Zaid Bercuti
- Tiada Sebarang Kepincangan Berlaku Dalam PKR
- Transformasi Perlu Melibatkan Dasar – TGNA
- Cuti Zaid Tidak Sepatutnya Berlaku Di Kala Ini
- Zaid Ibrahim Undur Diri, Mahu Tumpu Perkukuh Platf...
- Bagaimana UMNO Nak Berubah ?
- Musa: Melayu Kurang Yakin Diri
- PKR: Pembaharuan Umno Hanya Gimik
- UMNO Belum Berubah, Tapi Menang Di Bagan Pinang
- Sekadar Untuk Perbandingan
- Seandainya PRK Bagan Pinang Tidak Ada
- Usaha Mendaftarkan PR Sebagai Gabungan Rasmi
- DSAI Tetap Menjadi Pilihan KJ
- Tindakan disiplin terhadap Mahasiswa UM
- Undi POS: Pemuda PAS Cabar UBN Negeri 9 Berdebat
- Kes Saman RM2 Juta Terhadap Raja Petra
- Bagan Pinang Dan Pindaan Perlembagaan UMNO
- Pemantauan PRK Bagan Pinang
- MCA Tak Sama Dengan UMNO ?
- BN Menang Besar !
- Ku Li: Lebih Baik Jika UMNO Kalah
- Saingan Sengit Di Bagan Pinang (UPDATE)
- EGM Berakhir Dengan Kemelut Yang Lebih Besar
- Pendaftaran PR : Keutuhan Dan Kesefahaman Diutamakan
- Selepas Bagan Pinang, Kota Seputeh Pula?
- AMK Selangor: Bajet Untuk Generasi Muda
- Politik Wang Bukan Rasuah Kata Isa
- Markas Pemuda PAS Diceroboh, Petugas Ditetak
- Bekas Tentera Dakwa Tidak Tahu Ada Undi Pos
- PAS-DAP Selangor Rapatkan Barisan
- Pengundi Berganda: PAS Timbang Tindakan Mahkamah
- Bekas Tentera Dinasihat Tukar Status Pengundi Biasa
- PR Atau BN Yang Kering Modal?
- RM 1000 Untuk Gambar Abdul Azeez Ditumbuk
- PAS cabar UMNO Mengenai Surat Fitnah
- Reformasi vs Politik Liwat
- AMK Desak Ismail Sabri Tarik Balik Tuduhan
- Strategi Licik UBN Terhadap Undi Pos Di Bagan Pinang
- Pemuda Umno Boikot Bagan Pinang ?
- Royalti, Insuran Bakal Gegarkan Dewan
- TV3 Suku Melaporkan Penyokong PR Melampau
- PR lawan BN Di Bagan Pinang
- Hikmah PRK Bagan Pinang Bersama Undi Pos
- AMK Selangor Pertahan Kewibawaan dan kredibiliti S...
- Bagan Pinang: Lain Yang Berlawan, Lain Yang Diserang
- TBH: Coretan Inkues Pada 2/10
- PKR Akan Pecat Shahruddin Jika Tanding Bebas
- TBH: Coretan Inkues Pada 1/10
- Rakyat Yang Biayai 1MF1T
- Kes Kugan : Peguam Dan Keluarga Kesal
- Isa Timbulkan Masalah Pada UMNO Di Bagan Pinang
-
▼
October
(76)
No comments:
Post a Comment