
Menurut Azizan, Speaker DUN Kedah telah menghantar surat kepada SPR bagi memaklumkan kekosongan kerusi Kota Seputeh berikutan kegagalan ADUNnya menghadiri sidang DUN sebanyak 2 kali berturut-turut.
Pihaknya telah melantik 7 peguam untuk mengkaji balik keputusan SPR yang memohon permohonan Speaker. Beliau yakin, kes ini berpihak kepadanya berdasarkan undang-undang yang ada di negeri Kedah.
Ada pemimpin UMN0 yang mengatakan ianya satu pembaziran duit. Azizan menjawab, beliau rela bazirkan duit untuk adakan pilihan raya semula dari terus membayar gaji ADUN yang pemalas.
Ekoran daripada tindakan ganas petugas UBN pada Rabu lalu yang telah menyerang petugas PAS, jumlah petugas PAS semakin bertambah. Mereka telah datang dari seluruh negara. Mereka datang bukan untuk bergaduh tetapi bagi memastikan pilihan raya ini dapat berjalan dengan aman.
1 comment:
dogheh na nak kesiputih,kan lobeh dokek ke johol.lai pun adun dah hantar surat nak lopehkan jawatan.yang ni takyah nak lantik loya nak lawan spr.sobalah tunggu!!
Post a Comment