" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 October 2009

Sekadar Untuk Perbandingan

Hari ini usul pindaan perlembagaan UMNO telah diluluskan sebulat suara oleh perwakilan mereka. Pagi tadi Najib berkata, sudah ada parti yang mengklon pindaan perlembagaan mereka.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meluluskan pindaan perlembagaan parti mereka semasa Kongres Khas yang diadakan di Dewan Besar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi pada 13 Jun yang lalu.

Saya senaraikan semula apa yang termampu bagi menyangkal apa yang diperkatakan oleh Najib serta untuk kita semua membuat perbandingan.

Tujuan pindaan perlembagaan PKR adalah usaha mengadakan reformasi kepada sistem pemilihan kepimpinan parti. Antara pindaan yang telah diluluskan semasa Kongres Khas berkenaan ialah:-
  • menghadkan tempoh jawatan Presiden Parti maksimum selama 3 penggal sahaja.
  • menambah jumlah naib presiden daripada 5 kepada 7 orang.
  • memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.
  • mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun.
  • Sistem 1 ahli 1 undi dengan memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa.
  • memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti
  • menukar istilah
    - bahagian kepada cabang
    - cawangan kepada ranting
    - majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan
    - badan perhubungan negeri kepada majlis pimpinan negeri.
Dengan menghadkan tempoh presiden memegang jawatan paling maksima selama 3 penggal sahaja, ianya akan dapat mengelak seseorang presiden itu bersifat diktator dengan mengatur segala cara tidak kira cara jahat sekalipun semata-mata untuk mempertahankan kedudukan beliau. Presiden juga tidak mempunyai kuasa mengundi jawatan lantikan ke Majlis Pimpinan Parti saperti Setiausaha Agong, Bendahari, Ketua Komunikasi didalam mesyuarat MPP walaupun berhak hadir sebagai ahli mesyuarat.

PKR telah mencatat sejarah dengan menjadi parti politik pertama didunia yang memberikan ahlinya kuasa 'satu ahli satu undi'. proses pemilihan kesemua jawatan utama kepimpinan parti daripada Presiden sehingga ahli Majlis Pimpinan Parti akan dipilih terus melalui pengundian oleh ahli akar umbi sekaligus mampu menyekat penggunaan politik wang kerana mustahil seseorang calon mampu membiayai kos pengundian dengan membeli setiap ahli parti.

Tiada sistem kuota dikenakan. Sesiapa juga ahli yang berdaftar berhak menawarkan diri untuk dicalonkan dan bertanding apa-apa jawatan dalam parti.

Begitu juga untuk memastikan suara wanita memainkan peranan penting dalam proses kepimpinan parti, maka perlembagaan memperuntukkan kuota 30% kerusi kepimpinan kepada kalangan wanita.
____________________________________________________________________

Ini pula pindaan perlembagaan UMNO yang diluluskan sebulat suara hari ini. Terdapat 7 perkara yang membabitkan pindaan, penambahan dan pemansuhan beberapa fasal. Berikut adalah ringkasan Usul Pindaan Perlembagaan UMNO:-
  • Perluaskan jumlah perwakilan
  • penghapusan sistem kuata
  • Pertambahan Ahli Majlis Tertinggi, AJK Bahagian dan AJK Cawangan (lantikan)
  • Mesyuarat/pemilihan secara serentak dan penubuhan JawatanKuasa Pemilihan UMNO
  • Yuran
  • Pendaftaran keahlian
  • Pengiktirafan kepada setiausaha bahagian
Sekiranya mahukan maklumat lebih ditir lagi mengenai pindaan perlembagaan UMNO sila klik disini


2 comments:

rizuan mh said...

kali pertama lalu kat blog ni.saja window2 je..jalan2 ziarah.

tapi



nak tergelak. Sebab:

1. Gamba sebelah kanan ni.
2. Gamba sebelah kiri ni.

Taksub sungguh.

Anonymous said...

Nasib baiklah engko dapat gelak. Aku ingatkan engko boleh kena sawan bila lihat 2 ikon yang telah terbukti mampu menggoyahkan KERAjaan UMNgOkBN

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA