Beliau berkata Tengku Adnan perlu tampil bagi menjelaskan mengenai perkara sebenar tanpa membuat sebarang tuduhan melulu. Surat yang menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung Umno itu mula diedarkan di sekitar DUN Bagan Pinang sejak hari penamaan calon.
Antara yang ditulis ialah, "Pihak Majlis Tertinggi amat dukacita memaklumkan bahawa calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan terpaksa ditolak kerana Presiden parti mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang."

Salahuddin berkata, UMNO tidak boleh menyalahkan pihak pembangkang berhubung penyebaran surat fitnah berkenaan. Mungkin surat itu diedarkan oleh pihak tertentu yang tidak puas hati dengan Tan Sri Isa sebagai calon.
No comments:
Post a Comment