" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 October 2009

Saingan Sengit Di Bagan Pinang (UPDATE)

5.00 pm - Semua 8 pusat pembuangan undi telah ditutup. Seramai 11,157 atau 81.65% pengundi termasuk pengundi pos telah menjalankan tanggungjawab mereka.

4.30 pm - Seramai 6,301 atau 69.5% pengundi keluar megundi.

3.30 pm - Seramai 5,892 atau 65% pengundi telah keluar mengundi

2.00 pm - Sehingga pukul 2 petang seramai 5,371 atau 59.2 peratus telah keluar mengundi.

1.45 pm - Pasukan FRU ditempatkan untuk mengawal ketegangan yang berlaku di kawasan peti undi SK Telok Kemang.

1.20 pm - Sehingga pukul 1 tengah hari seramai 4,905 atau 54.1 peratus telah keluar mengundi.

1.00 pm - Keadaan di kawsan peti undi Telok Kemang terus tegang. Penyokong-penyokong masih berbalah sorakan.

12.15 pm - Seramai 4,220 (46.5%) pengundi telah keluar mengundi.

11.55 am - 1 penyokong BN dan 1 orang dari PAS telah ditahan di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang manakala 3 yang lain cedera. Pergaduhan bermula dengan perang mulut di antara mereka sehinggalah berlakunya aksi baling-membaling batu.


Hari ini akan menentukan samada PR mampu atau tidak membuat kejutan bagi menumbangkan BN di DUN Bagan Pinang yang semua sudah maklum ianya merupakan DUN yang paling besar jumlah pengundi pos (lebih 95%) iaitu 4,604 pengundi. Jumlah peratus pengundi mengikut kaum ialah,

  • 19.9% - India

  • 10% - Cina

  • 70% - Melayu ( 32% adalah pengundi pos)
Nampaknya BN lebih sukar untuk mempertahankan kerusi disana pada PRK kali ini. Kebanyakan pemerhati politik memberikan peluang kedua-dua pihak sehingga semalam adalah 50 : 50. Bagi pemerhati yang pro - BN pula, mereka memberikan kemenangan kepada calon UMNO dengan majoroti 600 - 1000 undi.

Ketua Jawatankuasa Strategi dan Culaan PKR, Fuziah Salleh (Ahli parlimen PKR Kuantan) pula telah menjalankan culaan di semua 8 daerah mengundi termasuk kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina.

Mengikut culaan yang dibuat oleh pasukan beliau itu, UMNO mendahului dengan majoriti tipis iaitu 51% berbanding dengan 49% untuk PAS. Dengan itu, beliau optimis bahawa PR mampu merapatkan jurang yang tipis tersebut dan ada kemungkinan PR boleh melakukan kejutan dengan menumbangkan calon BN.

Pengundian bermula jam 8 am - 5 pm ini. Sehingga jam 11.00 am,sebanyak 35.7% pengundi yang telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA