" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

14 October 2009

Undi POS: Pemuda PAS Cabar UBN Negeri 9 Berdebat

Dewan Pemuda PAS Pusat mencabar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berdebat secara terbuka, membahas isu manipulasi undi pos.

Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat berkata cabaran ini di buat bagi menjawab dakwaan UMNOa bahawa manipulasi undi pos hanyalah alasan pihak pembangkang yang tidak dapat menerima kekalahan pilihan raya. Suhaizan dalam satu kenyataan rasmi mendakwa pihaknya mempunyai bukti kuat mendedahkan proses undian pos diperalat untuk kepentingan politik pemerintah.

"Saya mempunyai asas yang kukuh untuk membuktikan wujudnya ruang penyelewengan undi pos yang diamal pada waktu ini. PAS tidak menafikan wujudkan sistem yang lemah dan mudah dimanipulasi pihak tertentu dalam perlaksanaan undi POS. Kami boleh senaraikan satu persatu ruang-ruang manipulasi yang ada dalam undi pos," tegas Suhaizan.

Pas terus komited kepada demokrasi berpilihanraya walau sering tewas dalam siri pilihanraya sebelum PRU12 8 Mac lalu. Suhaizan berkata pihaknya akur dengan keputusan N31 Bagan Pinang.

Undi pos di DUN Bagan Pinang mencecah 5 ribu undi. Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya SPR merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih.

UBN meraih 8,013 undi berbanding PAS 2,578 undi, peningkatan sebanyak 1583 undi dari keputusan PRU-12 8 Mac tahun lalu.

(TVA)

1 comment:

Detguaq said...

Bukti kuat ka pemohong kuat?

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA