" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 October 2009

MCA Tak Sama Dengan UMNO ?

Baru-baru ini ramai yang menjangkakan apa yang telah berlaku kepada UMNO pada 1997 iaitu pemecatan Timbalan Presiden UMNO,DSAI yang telah melahirkan 'Gelombang Reformasi' akan berlaku juga pada MCA.

Pemecatan Timbalan Presiden benar-banar berlaku dalam MCA, namun ianya berbeza daripada apa yang telah berlaku pada UMNO. Timbalan Presiden MCA, Chua Sui Lek (CSL) telah dipecat oleh Majlis Presiden parti berkenaan pada Ogos lalu atas kesalahan mencemarkan imej parti berhubung skandal video seksnya tetapi hukuman itu digantikan kepada penggantungan sahaja selama 4 tahun oleh jawatankuasa Pusat MCA.

Keputusan EGM baru-baru ini memutuskan untuk menerima usul bagi mengembalikan keanggotaan CSL tetapi menolak usul dengan majoriti 74 undi bagi mengembalikan jawatan Timbalan Presiden parti kepadanya. CSL hanya berjaya mengekalkan keahliannya dengan majoriti 109 undi.

Yang lebih mengejutkan, Presiden MCA, Ong Tee Keat sendiri telah tewas dalam usul undi tidak percaya terhadapnya dengan majoriti 14 undi. Hari ini, setiausaha akhbar Ong Tee Keat, Lim Xiu Bin membuat kenyataan bahawa Ong Tee Keat akan bercuti 4 hari bermula dari 11 - 14 Oktober.

Namun kenyataan yang mengatakan beliau akan berundur tidak timbul sama sekali sedangkan sebelum ini, Ong berjanji akan meletak jawatan bersama Ahli Jawatankuasa Pusat secara kolektif, seandainya usul undi tidak percaya dan pembatalan hukuman terhadap Chua diluluskan.

Ekoran daripada keputusan yang telah dibuat oleh para perwakilan ini, MCA sekarang sudah tiada Presiden dan Timbalannya. Jawatankuasa Pusat MCA dijadualkan akan bermesyuarat pada Khamis depan bagi memutuskan tindakan seterusnya yang akan diambil oleh parti dengan jangkaan pemilihan baru MCA bakal diadakan dalam masa terdekat.

Adakah ini juga menunjukkan perbezaan sikap diantara Orang Melayu dengan Orang Cina? Jarang sekali untuk kita melihat Orang Cina bercakaran sesama mereka sehingga merugikan bangsa mereka seperti apa yang dilakukan oleh Orang Melayu. Semangat juang bagi menjaga maruah bangsa yang tersemat pada Orang Cina tidak sama dengan semangat yang ada pada Orang Melayu .

Dengan keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan MCA menunjukkan mereka tidak mahu dipimpin oleh seorang perasuah, sekalipun pemimpin berkenaan adalah Presiden parti. Mereka berani bertindak demi kebaikan. Sebelum ini Ong didakwa terlibat dengan rasuah dalam skandal PKFZ.

Sekiranya wujud konspirator yang telah mengatur konspirasi bagi mewujudkan apa yang telah berlaku pada MCA akhir-akhir ini, adakah ianya merupakan dari kalangan anggota MCA itu sendiri yang mahu mengambil-alih jawatan berkenaan, ataupun ianya merupakan konspirator daripada luar MCA yang mahu membuat perubahan pada BN bagi memulihkan imej kerajaan yang telah rosak teruk berpunca daripada perbuatan UMNO dengan acuan tersendiri?

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA