" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

14 October 2009

DSAI Tetap Menjadi Pilihan KJ

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) semasa menyampaikan ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu hari ini telah memilih untuk menyerang DSAI lagi. Dalam masa kempen di Bagan Pinang baru-baru ini pun KJ memilih DSAI sebagai sasaran beliau dengan mengitar semula kes yang telah membawa kepada kelahiran 'reformasi' lebih 10 tahun yang lalu.

Hari ini KJ dengan bersemangat mengatakan bahawa Pergerakan Pemuda Umno akan memastikan DSAI tidak akan berjaya mentadbir negara ini dan tidak akan membiarkan DSAI terus menerus membuat helah bagi mempengaruhi generasi muda dan keseluruhan rakyat Malaysia demi kepentingan politiknya (DSAI). Beliau juga menyifatkan DSAI sebagai 'sesumpah politik'. - Kenapa beliau boleh menyifatkan sedemikian?

Katanya, DSAI melalaikan masyarakat Malaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indah seakan-akan dia lah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakus dan rasis. - kan betul apa yang DSAI katakan itu.

Tidak cukup dengan itu, KJ bertanyakan kepada pegikut-pengikutnya yang begitu asyik dan setia mendengar celoteh beliau dengan bertanya, "Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu?".

Lantas beliau sendiri menjawab, "pejuang hak asasi yang berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar, seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon, makhluk pelbagai alam,".

Setelah puas berceramah kononnya tentang keburukkan DSAI, beliau tanpa merasa jemu terus menyerang Pakatan Rakyat (PR) pula dengan berkata, "Adalah menjadi tanggungjawab kita( Pemuda UMNO) untuk mendedahkan siapa sebenarnya pakatan pembangkang ini (PR) kerana mereka bukannya sebuah parti politik yang tulen.

"Perhubungan mereka bukannya berteraskan ikatan yang sah atas prinsip yang sama, apa yang sebenarnya wujud hanyalah satu perhubungan rambang dan kasual, tanpa prinsip moral, tanpa cinta sejati, tanpa hormat-menghormati. Mereka hanya satu pakatan yang sanggup tidur sekatil demi mimpi untuk ke Putrajaya, satu pakatan yang bernafas atas nafsu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

- kalau yang ini pimpinan PR perlu memandangnya dengan serius. Samada benar atau tidak apa yang KJ bebelkan itu, yang terbukti PR masih belum berdaftar secara sah sehingga ke hari ini. Usahakanlah seberapa segera untuk membuktikan bahawa PKR, PAS dan DAP mampu bersatu untuk berada dibawah 1 bendera. Ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat detik yang bersejarah ini.

"Selain itu, terdapat beberapa insiden yang dapat dilihat semenjak PRU-12 yang menunjukkan tiada setiakawan dan tiada keikhlasan dalam perjuangan pembangkang (PR). Tidak keterlaluan, jika saya nyatakan bahawa di antara mereka, DAP yang paling berkuasa manakala PAS sudah lari dari asas perjuangan dan menggadaikan prinsip tulen parti tersebut apabila negara Islam bukan lagi menjadi wawasan utama mereka.

"PAS tidak lagi garang bersuara, berani mengajar, jauh sekali berani menegur PKR dan DAP tentang pelbagai perkara. PAS tidak lagi sensitif kepada perkara-perkara pokok seperti cadangan menggunakan dana zakat bagi pentadbiran negeri di Selangor.

"PKR pula parti yang tandus ideologi, sekadar berkisar pengagungan seorang individu bernama Anwar Ibrahim. Apa sebenarnya , atau adakah mereka sama seperti DAP yang dahagakan kuasa? Kalau kononnya berjuang atas tiket keadilan dan anti rasuah, lihat sendiri pemimpin kamu itu wahai PKR,".

- Bagi pendapat saya sendiri, memang PKR bersangkut-paut dengan insan yang bernama Anwar Ibrahim. UMNO lah yang memulakannya dengan membuat konspirasi jahat untuk menjatuhkan DSAI kerana beliau dilihat tidak sama dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang cukup mudah untuk 'dicucuk hidung'.

Apabila bermulanya konspirasi jahat itu, maka segala kepincangan yang telah UMNO lakukan sebelum itu bersama dengan penyeksaan yang terpaksa ditanggung oleh DSAI satu persatu telah terdedah ke pengetahuan rakyat.


Oleh kerana untuk memperbetulkannya, maka lahirlah parti yang pada awalnya dinamakan Parti keADILan Nasional yang sekarang ini bernama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berani membuat perubahan demi kepentingan rakyat. Kalau mahu mengetahui secara ditir apa matlamat dan asas perjuangan PKR, sila klik disini.

Jadi apa yang di celotehkan oleh KJ itu adalah semata-mata bagi memenuhi ucapan dasarnya sahaja dan yang penting, kebencian rakyat terhadap UMNO tidak akan luntur. Terima kasih KJ...

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA