" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 October 2009

Kes Saman RM2 Juta Terhadap Raja Petra

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Feb tahun depan bagi pengurusan kes saman RM2 juta terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin yang difailkan dua pegawai kanan tentera berhubung akuan bersumpahnya yang mengaitkan mereka dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Pendaftar Norhatini Abdul Hamid menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini. Dalam saman yang difailkan pada 22 Julai, tahun lepas, Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Lt Kol Norhayati Hassan, mendakwa Raja Petra membuat perisytiharan yang mengandungi tuduhan terhadap mereka dan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes bunuh itu, dengan niat jahat untuk mencemarkan maruah, kredibiliti, nama baik dan kerjaya mereka.

Pasangan itu, masing-masing memohon ganti rugi RM1 juta, serta ganti rugi teladan dan injunksi untuk menghalang Raja Petra atau pekerjanya daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.

Raja Petra, 59, yang mengendalikan blog Malaysia-Today, membuat akuan bersumpah itu pada 18 Jun tahun lepas dan emuatkannya dalam blognya dan laman web lain semasa perbicaraan kes bunuh Altantuya sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Raja Petra, dalam kenyataan pembelaannya, berkata perkataan dan isu yang dirujuk dalam akuan bersumpah itu membabitlam komen yang adil berhubung perkara kepentingan awam.

"Akuan bersumpah itu bagi menggesa semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya tampil mendedahkan kebenaran supaya polis dapat menjalankan penyiasatan sewajarnya terhadap kes bunuh Altantuya," katanya dalam kenyataan pembelaannya itu. - BERNAMA

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA