" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 October 2009

BN Menang Besar !

Dengan keputusan yang nampaknya telah menyebelahi calon dari BN dengan majoriti besar pada PRK di Bagan Pinang kali ini, sudah pasti pihak kerajaan merasakan bahawa mereka telah diterima kembali oleh rakyat.

Bagi pihak PR pula, walaupun kita sudah ketahui bermacam cara yang digunakan oleh BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka, kita juga kena menerima hakikat bahawa bukan setakat berjaya mengekalkan kerusi, BN juga telah berjaya menambah majorti mereka biarpun mereka masih kekal dengan gaya berpolitik yang sama.

Keputusan rasmi telah diumumkan oleh SPR. Calon BN iaitu Isa Samad telah mendapat sebanyak 8,013 undi manakala calon PAS iaitu Zulkefly Mohamad Omar yang mewakili PR pula hanya mendapat sebanyak 2,578 undi. BN telah berjaya mendapat majoriti sebanyak 5435 undi. Pada PRU-12, BN hanya meraih majoriti sebanyak 2,333 undi.

Biarlah mereka menang kali ini. Biarlah apa yang mereka hendak ceritakan kepada rakyat kerana kita yakin rakyat sekarang dapat menilai dengan bijak samada PR ataupun BN yang sepatutnya dipilih untuk membaiki segala kerosakan dalam negara kita selama ini. Kemenangan BN di Bagan Pinang tidak bererti BN telah mendapat sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, Pakatan Rakyat (PR) harus didaftar secara rasmi dibawah satu 'pakatan' yang sebenarnya bagi pandangan semua rakyat. 3 parti dalam PR harus memperkemaskan lagi parti masing-masing dan segala isu yang boleh dilihat oleh rakyat sebagai tanda tiadanya persefahaman dalam pakatan akibat daripada tingkah-laku beberapa pemimpin 'wajib' dihentikan segera. Bendera PR perlu dikibarkan kepada rakyat seberapa segera.

Jangan biarkan BN menggunakan isu ini lagi bila negara berhadapan dengan PRK di lain kali kerana ianya mampu 'mengiyakan' apa yang telah BN beritahu kepada rakyat bahawa tiadanya kesepakatan dalam PR untuk berada dibawah satu bumbung secara rasmi. Ramai dari kalangan pemimpin UMNO telah mencabar PR supaya berbuat demikian termasuklah SPR sendiri baru-baru ini. Teruskan perjuangan, perhebatkan pakatan....

BN WAJIB DI JATUHKAN...!!!




No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA