
Zaid Ibrahim berkata, ketika ini pihaknya dalam peringkat akhir merangka draf mengenai gabungan dan sedang meneliti semua aspek penting terutamanya mengenai dasar-dasar bersama dan akan selesaikan beberapa persoalan pokok sebelum dibawa ke Konvensyen PR pada Disember nanti. Ianya akan dibentang dan diperinci dalam konvensyen berkenaan.
Jika semua pihak mencapai persetujuan berkaitan soal dasar, lebih cepat entiti boleh didaftar tapi ia mungkin mengambil masa dan perbincangan lanjut. Oleh itu, tiada tempoh masa yang ditetapkan.
Salahudin Ayub pula berkata, pertemuan terdekat yang akan diadakan oleh pihaknya adalah minggu ini atau minggu depan. Proses mendraf mengenai soal gabungan ini akan disiapkan dalam minggu ini dan selepas itu akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi PR untuk membuat keputusan dalam konvensyen yang akan datang.
Anthony Loke pula berkata, kenyataan daripada ROS amat dialu-alukan, pihaknya hargai kenyataan sedemikian. Selain itu pihaknya berharap, apa yang disebut akan dikota.
No comments:
Post a Comment