" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 October 2009

Isa Timbulkan Masalah Pada UMNO Di Bagan Pinang

Apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendapatnya bahawa bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad tidak harus dijadikan calon mewakili Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, maka bermulalah masalah bagi gabungan parti itu.

Ini kerana jika Barisan memilih juga Isa, maka rakyat Malaysia yang masih banyak menyokong Dr Mahathir akan memandang serong terhadap gabungan parti itu. Nasihat Dr Mahathir telah tidak didengar oleh Barisan sedangkan beliau tentu lebih mengetahui dan mahir dalam percaturan politik daripada pucuk pimpinan Barisan hari ini.

Tetapi jika Barisan mendengar nasihat Dr Mahathir, maka cakap-cakap politik yang timbul ialah, siapakah yang menjadi pemimpin Barisan, bekas presiden Umno itu atau Presiden Umno sekarang? Jadi apapun Barisan putuskan, ia tetap menjadi masalah dari segi pilihan calon itu.

Namun begitu, jika fokusnya adalah untuk memenangi pilihan raya kecil itu, maka pertimbangan bebas harus dibuat untuk memilih sama ada Isa ataupun bukan. Jika risikan undi mendapati bahawa Isa mampu memberi kemenangan kepada Barisan, maka wajar bekas Menteri Besar itu dipilih sebagai calon. Perkara lain ditolak tepi dahulu.

Dalam kempen, bolehlah berhujah bahawa Isa telah pun dihukum dari segi politik wang, maka tidak ada sebab mengapa beliau tidak diberi peluang untuk dicalonkan. Banyak lagi kes dalam politik, di mana salah laku pemimpin, termasuk di kalangan pembangkang yang kedudukan politiknya dipulihkan. Bagi orang Umno, dan Melayu umumnya sebarang tindakan yang dikenakan ke atas Isa bukanlah dilihat sebagai berpunca daripada salah laku, tetapi lebih kepada permainan politik.

Lagipun soal politik wang yang kelihatan serius dan dibimbangi akan melunturkan jati diri Umno dan Barisan, tetapi ada pula pihak yang melihat bahawa keseluruhan cara berpolitik di negara ini, yang dibentuk oleh Umno sejak negara ini mencapai kemerdekaan tidak akan terlepas dari politik wang. Walaupun mungkin ada cara-cara yang boleh mengawalnya, tetapi dari segi asas dan struktur, serta penerimaan pelaku-pelaku politik, maka apa yang dilakukan oleh Isa dan seumpamanya tidak pula dipandang sebagai suatu yang melanggar etika.

Keadaan inilah yang menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat dalam cara berpolitik. Sungguh sukar untuk melepaskan diri daripada politik wang walaupun baru sedikit atau hanya bayang-bayang turut menjadi satu cabaran bagi parti-parti Pakatan. Corak politik wang seolah-olah diterima oleh orang ramai dan mengubah budaya politik amat sukar bagi Pakatan Rakyat sendiri, apatah lagi Barisan.

Maka dalam hal Isa dan Bagan Pinang, ada kebenaran seperti apa yang disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Dengan meletakkan Isa sebagai calon, mungkin Barisan boleh menang. Tetapi menurut Lim, Barisan akan menang pertempuran dan bukannya peperangan.

Apa yang dimaksudkan ialah mungkin dengan meletakkan Isa sebagai calon, maka Barisan boleh menang di Bagan Pinang, tetapi kesannya ialah gabungan parti itu akan mengalami cabaran terhadap kewibawaannya bagi pilihan raya umum akan datang hingga menyebabkan ia boleh kalah.

Tetapi pandangan Lim ini boleh diterima jika masyarakat Malaysia pada umumnya sememangnya mempunyai pendirian menolak politik wang secara tegas. Di sinilah cabarannya. Andai kata sebilangan besar masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum melihat politik wang sebagai sesuatu yang lumrah dan dapat diterima, maka Barisan akan terus dapat memegang kuasa. Sebaliknya pihak Pakatan pula yang terpaksa menurut jejak Barisan.

Tetapi jika rakyat Malaysia secara umum boleh menerima politik wang dalam konteks berlembut dengan gejala rasuah serta korupsi, maka malang bagi negara ini. Walaupun cuba hendak dibolehkan supaya masyarakat boleh beroperasi lebih-lebih lagi di negara-negara membangun, tetapi pandangan umum melihat bahawa korupsi baik terutama dalam politik akan menjahanamkan negara. Di sinilah Dr Mahathir amat tegas menolaknya walaupun beliau sendiri tidak berupaya menghapuskan semasa ada kuasa dahulu.

Tetapi jika kedua-dua pihak, Barisan dan Pakatan komited untuk membanteras korupsi, rasuah dan politik wang, maka kedua-dua wajar tegas menolaknya. Barisan, dengan tidak perlu teragak-agak menerima saranan Dr Mahathir terus menolak Isa. Walaupun kemungkinan jentera Barisan lumpuh di Bagan Pinang dan adanya risiko kalah, tetapi mempertahankan prinsip menolak politik wang adalah satu asas yang mulia untuk dipegang, tidak kiralah sama ada rakyat Malaysia boleh menerima atau tidak.

Di pihak Pakatan pula, mereka mesti sentiasa berhujah menolak politik wang. Tindakan seumpama ini akan memaksa Barisan mencari calon bersih. Sekaligus Pakatan juga akan berusaha untuk mendapatkan calon yang juga sepadan dengan apa yang diajukan oleh Barisan. Tetapi dalam hal menolak politik wang, ia bukan soal kemenangan mana-mana calon atau parti. Apa yang penting adalah kemenangan negara dan rakyat Malaysia untuk berpegang kepada prinsip menolak politik wang.

Lebih-lebih lagi parti yang akan mewakili Pakatan adalah PAS. Perjuangan yang lebih besar bagi PAS bukan semata-mata untuk memenangj pilihan raya hatta melalui pilihan raya kecil Bagan Pinang tetapi pegangan kepada etika menolak rasuah dan politik wang supaya tidak turut merayap ke dalam organisasi itu.

Pegangan menoloak korupsi bukan saja untuk memelihara imej Pakatan dan PAS tetapi nama Islam itu sendiri. Ini kerana di mana-mana PAS berada atau bertanding untuk pilihan raya, ia membawa panji-panji Islam, dan sudah tentu amanah ini adalah lebih besar.

(TheMalaysianInsider)


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA