" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 October 2009

Politik Wang Bukan Rasuah Kata Isa

Kenapa 'politik wang' dikatakan tidak sama dengan rasuah? Mungkin bagi yang mencipta perkataan 'politik wang' mahu dilihat ianya adalah satu perbuatan 'jenayah yang lebih sopan'.

Dalam artikel laman web merdekareview, Mohd Isa mengatakan (mengeluarkan fatwa) bahawa 'politik wang bukan rasuah'. Mohd Isa dilaporkan berkata, "Saya bukan rasuah. Ini ialah politik wang. Apa yang berlaku sebenarnya adalah, saya melanggar kod etika. Kami mempunyai kod etika dalam pemilihan parti. Kemudian, media memutar-belitkannya kepada politik wang dan rasuah," (media disalahkan).

Apabila ditanya ekoran daripada pemilihan beliau sebagai calon BN di Bagan Pinang akan menghalang usaha UMNO membanteras rasuah, Mohd Isa memberi alasan bahawa politik rasuah dalam UMNO bakal diselesaikan dengan pindaan perlembagaan parti.

Ramai yang berpendapat bahawa politik wang merupakan satu perbuatan rasuah. Gerak kerja yang bermotifkan rasuah adalah sama dengan apa yang digunakan di dalam 'politik wang'. Walauapapun alasan yang diberikan, inilah hakikatnya.

Permulaan penggunaan cara berpolitik yang sebegini adalah berpunca daripada pemimpin yang bersungguh-sungguh mahukan kemenangan dalam pertandingan jawatan dalam parti ('gila jawatan') yang mereka percaya ini adalah 'peluang untuk menjadi kaya' adalah dipihak pemberi, manakala perwakilan pula dipihak penerima yang sanggup melakukannya demi mengisi 'perut' masing-masing.

Mohd Isa sepatutnya sedar, ada pemimpin dari UMNO sendiri telah mengakui bahawa politik wang adalah rasuah dan merupakan satu perbuatan jenayah walaupun ianya tidak disebut dengan tepat. Ianya telah menjadi satu trend dalam parti mereka sejak sekain lama.

Contohnya 20 tahun yang lalu, TDM telah berucap pada Perhimpunan Agung UMNO yang ke- 35 dengan mengatakan bahawa "UMNO sekarang memasuki satu era baru di mana kepentingan diri sendiri nampaknya di berikan keutamaan yang lebih daripada kepentingan parti. Pengunaan wang dan rebutan jawatan di buat dengan wang yang banyak. Penggunaan wang dan perebutan jawatan akan menghancurkan UMNO dan melemahkan orang Melayu"

Ini bermakna, cara berpolitik dengan menggunakan 'kuasa wang' bagi menentukan kedudukan dalam parti telah digunakan sejak sekian lama oleh UMNO. Pemimpin-pemimpin mereka tidak bersungguh-sungguh untuk menghalangnya daripada merebak hingga kehari ini.

Sebab itulah Mohd Isa tidak boleh menilai apa yang telah beliau lakukan dan telah 'kantoi' oleh Lembaga Disiplin Parti kerana telah didapati melakukan 'rasuah dalam berpolitik' sebelum ini .

1 comment:

Anonymous said...

Kenyataan Isa Samad itu adalah merupa satu kaedah bagi Umno untuk MENGHALALKAN RASUAH. Jika hari-hari kenyataan itu disebarkan kepada umum dan diberikan penekanan melalui media arus perdana, rakyat umum akhirnya akan terdidik dan menerima bahawa rasuah itu adalah perkara biasa dan ia adalah halal.

Kenyataan Isa Samad itu juga menyatakan perlembagaan Umno membenar sogokan wang untuk meraih sokongan yang dipanggil rasuah politik. Kononnya ia akan terhapus apabila perlembagaan Umno itu dipinda. Selagi belum dipinda, rasuah itu adalah dibenarkan dan halal.

Bayangkan berapa teruknya Umno!!!

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA