
Kira-kira 20 pemimpin kanan kedua-dua parti itu hadir bersama di sidang media di sebuah hotel di Shah Alam selepas sidang meja bulat dua parti kerajaan itu untuk berdamai susulan ketegangan berhubung isu penjualan arak dan prosedur siasatan jawatankuasa khas DUN Selangor.
"Walaupun wujud perbezaan antara kedua-dua buah parti dari sudut dasar dan prinsip perjuangan, namun atas semangat setiakawan yang sejati, perbezaan itu mudah ditangani seperti isu pengawalan minuman arak dan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat)," kata Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali.
Beliau membacakan kenyataan bersama PAS dan DAP selepas lebih dua jam perbincangan mereka mulai 2 petang ini.
Turut kelihatan, Exco Kerajaan Tempatan Ronnie Liu, dan pemimpin DAP yang lain seperti Exco kanan kerajaan negeri Teresa Kok, exco kampung baru yang juga Pengerusi DAP negeri Ean Yong Hian Wah dan Exco Perumahan Negeri dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Iskandar Samad.
(TVA)
1 comment:
salam, bukan PAS atau PKR atau DAP yang merosakan kerajaan PR di selangor. perosaknya ialah hassan ali, selagi beliau ada dalam PAS bertambahlah kerosakannya.hasan kena buktikan dia ikhlas bukan sekadar untuk ambil hati rakyat. kembalikan jawatan khalid samad dan saari sugip. saari sugip berkali-kali kena ISA tapi masih setia dengan PAS. inilah pejuang sejati. hassan ali belum pun kena ISA dah bela umno, gila nak jadi mb. habis tunggang tebalik PR,satu lagi, tunggulah PRK dimana-mana lepas ni, perhatikanlah hassan ali tentu ada ,sidang media' lagi. woit,hassan ali kami dah tak percaya pada mu.
Post a Comment