
Betapa besarnya tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau termasuklah bagi merangka dasar-dasar dan memastikan tidak wujud perbezaan antara 3 parti di dalam PR serta merumuskan platform PR bagi menghadapi PRU-13, dengan matlamat untuk merampas Putrajaya dari UBN.
Walau apapun alasan yang beliau berikan, ianya sedikit sebanyak akan menggugat populariti PKR dan PR. Sekarang pun sudah kedengaran berbagai cerita apakah punca sebenar sehigga beliau bertindak demikian. Bagi pihak lawan pula, isu ini sudah pasti akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh mereka.
Kenapa ianya berlaku pada situasi yang sebegini? Pada masa pihak lawan sedang 'menyerang' dan sentiasa berikhtiar mewujudkan gambaran negatif terhadap PR. Pada masa pihak lawan sedang berlakon kononnya rakyat telah menerima mereka kembali hanya dengan menggunakan produk Bagan Pinang yang terpalit dengan berbagai 'politik kotor'.
Kenapa ianya boleh berlaku dalam masa PR sedang berusaha kearah penggabungan secara rasmi? Bersiap-siap untuk mengadakan konvensyen PR pada Disember ini dan Zaid merupakan individu penting bagi merangka penggabungan berkenaan. Apa akan jadi kepada konvensyen berkenaan sekiranya alasan yang Zaid berikan itu hanyalah sekadar untuk menyembunyikan kebenaran?
Selesaikanlah sekiranya benar wujud perselisihan faham sesama sendiri, tidak kiralah kesilapan itu berpunca daripada pihak mana sekalipun. Lakukanlah sebelum rakyat memberi tanggapan yang tidak sepatutnya terhadap PKR mahupun PR.... Jangan biarkan PR kecundang ditengah jalan, BN tetap bermaharajalela.....
No comments:
Post a Comment