" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 October 2009

Pengundi Berganda: PAS Timbang Tindakan Mahkamah

Suruhanjaya Pilihanraya enggan membersihkan senarai pengundi di Bagan Pinang untuk pilihanraya kecil kerusi itu walaupun diberi bukti kehadiran ratusan pengundi berganda, kata Setiausaha Agong PAS Mustafa Ali.

Mustafa berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR tetapi akan membincangkan perkara itu dengan peguam parti terlebih dahulu selain menunggu hasil pembuangan undi pos berkenaan.

Mustafa petang tadi menyerahkan segala bukti memperkuatkan hujah bahawa senarai pengundi di Bagan Pinang dan kawasan-kawansan lain masih dibelenggui dengan masalah pengundi berganda, yang membawa risiko pengundi membuang undi dua kali.

Bukti itu diserahkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan pegawai lain SPR pada perjumpaan di Putrajaya selama dua jam setengah.

Mustafa berkata SPR tetap akan meneruskan proses pengundian pos membabitkan anggota tentera dan polis mulai esok walaupun senarai pengundi pos dan pengundi biasa terbukti mempunyai banyak pertindihan.

"SPR hanya berjanji untuk membersihkan senarai pengundi pada pilihanraya yang akan datang iaitu pilihanraya negeri Sarawak," kata Mustafa.

Mustafa berkata proses mengesan pengundi berganda boleh dilakukan dengan pantas dan berkesan dengan teknoloji canggih yang sedia wujud di negara ini.

Menjelang pilihanraya kecil itu, PAS mengesan sekurang-kurangnya 500 pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera.

Bagan Pinang mempunyai kira-kira 4,600 undi pos, sebilangan besar merangkumi anggota tentera dan keluarga mereka. Sebelum ini pemerhati politik dan pembangkang membangkitkan ketelusan prosedur undi pos yang memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional.

Menurut Suara Keadilan, pegawai-pegawai tentera tertinggi mula tampil mempersoalkan ketelusan undi Pos yang merangkumi kumpulan pengundi terbesar pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Pegawai terbabit yang termasuk seorang bekas jeneral, antara lain mendedahkan bagaimana mereka memangkah Barisan Nasional(BN) atas kertas undi untuk anggota tentera di bawah kelolaan mereka. Malah pengakuan itu diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan raya baru-baru ini tetapi tiada tindakan diambil.

Prebet Abu Kassim yang bersara sebagai Sarjan, mengaku memangkah BN pada kertas undi pos pada 1980-an.

"Saya bekas tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan," katanya kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz dalam pertemuan pada 28 September lalu.

Bagaimanapun Abdul Aziz mengenepikan aduan itu sebagai "cerita lama" dan tidak memberi sebarang komitmen untuk merombak sistem undi pos yang telah lama memihak kepada Umno-Barisan Nasional.

Dalam pada itu seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia yang bergelar Datuk mendakwa beliau sekian lama dicatatkan sebagai telah mengundi tetapi hakikatnya tidak berpeluang memangkah kertas undi ketika berjuang di perbatasan.

(TVA)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA