" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 October 2009

Bekas Tentera Dinasihat Tukar Status Pengundi Biasa

Semua anggota tentera yang tamat perkhidmatan dinasihatkan menukar status daripada pengundi pos kepada pengundi biasa. Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata ramai daripada bekas anggota tentera didapati tidak mendaftar sebagai pengundi biasa selepas mereka tamat perkhidmatan.

"Adalah suatu yang merugikan jika mereka tidak mendaftar sebagai pengundi biasa kerana mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Muhammad juga meminta semua bekas tentera yang layak mengundi di Bagan Pinang supaya datang mengundi pada pilihan raya kecil di situ pada Ahad ini.

"Peluang ini tidak harus dilepaskan begitu saja dalam menentukan wakil rakyat mereka," katanya.

Muhammad juga menyeru semua bekas tentera supaya menyertai PBTM bagi membela nasib mereka.

"Banyak peluang disediakan oleh kerajaan kepada bekas tentera melalui PBTM, Perhebat, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Yayasan Warisan Perajurit dan sebagainya. Mereka bagaimanapun didapati tidak mengambil peluang ini.

"Jika sekiranya mereka bermasalah, beri tahu pada kita dan kita sedia untuk membantu sebaik mungkin," katanya. - Bernama

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA