" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

03 October 2009

TV3 Suku Melaporkan Penyokong PR Melampau

Angkara sikap melampau penyokong PR, 2 pemimpin UBN telah mengalami kecederaan. Siap dengan bukti sekali dipaparkan dalam buletin Utama TV3 Suku malam ini. Mungkin akibat terlampau parah, kesan-kesan kecederaan pada 2 pemimpin UBN berkenaan telah tidak kelihatan.

UBN, TV3 Suku dan yang seangkatan dengannya yang merupakan saluran tv komponen BN masih menggunakan taktik usang mereka. Lihatlah apa yang berlaku di Manek Urai sebelum ini. Kononnya penyokong UBN telah diserang menggunakan cara yang sama dengan tahap kecederaan sama. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kenapa tiada rakaman yang menunjukkan bahawa penyokong PR bertindak liar? Yang ada hanya rakaman temuramah 2 pemimpin UBN yang kononnya telah menjadi mangsa itu sedang berjalan masuk ke dewan dengan selamat.

Suasana yang sedikit kecoh seumpama itu merupakan senario biasa dimana-mana pusat penamaan calon kecualilah semasa penamaan calon bagi PRK di Permatang Pasir. Namun Permatang Pasir, Gobalakrishnan telah ditangkap dengan cara ala pengganas oleh PDRM sendiri.

Sekiranya cerita mereka sebelum ini benar, pihak berkuasa haruslah menghantar SB-SB mereka dengan menyelinap masuk untuk berada dilokasi bersama penyokong kedua-dua belah pihak. Sekiranya suasana yang mereka maksudkan itu benar-benar berlaku, sudah pasti SB-SB ini akan berjaya menangkap suspek yang dimaksudkan. Kalau agak sukar untuk membuat tangkapan pada masa itu, rakamlah sebanyak yang mungkin video-video ataupun foto-foto bagi membuktikan yang penyokong PR telah bertindak liar.

Bagi mengatasi pembohongan yang dimainkan oleh UBN dan yang seangkatan dengannya, PR telah bersedia lebih awal. PR telah mempunyai mata dan telinga bagi menceritakan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku siap dengan buktinya sekali. Mereka ini sanggup berada bersama-sama penyokong tidak kiralah sebelah mana sekalipun. Mereka sanggup melaluinya biarpun apa jua keadaan tanpa sebarang imbuhan.

Lihatlah hasil kerja mereka yang telah berjaya membuktikan kepada rakyat bahawa pihak UBNlah sebenarnya yang telah bertindak liar dan telah menyebabkan beberapa penyokong PR mengalami kecederaan yang agak serius semasa penamaan calon bagi PRK di Manek Urai.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA