" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

02 October 2009

Bagan Pinang: Lain Yang Berlawan, Lain Yang Diserang

Walaupun pertembungan yang berlaku di Bagan Pinang adalah antara calon Umno dengan PAS, namun ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bakal diserang habis-habisan oleh Umno. Apatah lagi, Umno sedang berusaha keras untuk memastikan undi tentera di situ tidak akan lari dari Umno. Inilah andaian PKR sendiri dalam kehangatan kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang yang sudah pun bermula walaupun wisel sepak mula belum lagi ditiup.

Pilihanraya kecil kali ini bakal menyaksikan pertembungan di antara Umno dan PAS, di antara Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Isa Samad, yang juga mantan Menteri Besar Negri Sembilan dengan Pesuruhjaya PAS Negri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Sudah tentu kumpulan pengundi paling strategik yang dilihat mampu mengekal atau mengubah pola pengundian di DUN ini adalah angkatan tentera dan keluarga mereka yang merupakan pengundi pos berdaftar dengan kekuatan lebih kurang 5,000 orang.

Maka banyak tenaga jentera akan dicurahkan bagi melancarkan perang saraf terhadap kumpulan pengundi ini.

Menurut Penasihat Undang-Undang PKR Negri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, dipercayai kem Umno dan BN di Bagan Pinang sudah mula menyebarkan jarum mereka di kalangan angkatan tentera.

Walaupun yang bertanding di pihak lawan Umno adalah Zulkefly dan PAS, namun yang menjadi mangsa serangan adalah Anwar dan PKR, dakwa Nizam.

Di kalangan angkatan tentera dan keluarga mereka di Bagan Pinang, jelas Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, Anwar digambarkan sebagai penyokong komunis dan tidak mengenang budi serta jasa angkatan tentera yang pernah berjuang menentang komunis.

Dakyah ini timbul berikutan dengan kenyataan Anwar beberapa bulan yang meminta Chin Peng, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) dimaafkan dan dibenarkan pulang ke negara ini.

Padahal, tegas Nizam, seingat beliau apa yang disuarakan Anwar itu sebenarnya adalah kritikan tentang sikap “double standard” Kerajaan Umno dan BN yang memaafkan Kerajaan China yang menyokong PKM tetapi tidak bersedia memaafkan Chin Peng.
Alibaba.com - The largest database of products & suppliers from China

Untuk rekod, Petronas, syarikat petroleum milik negara mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam, sebuah lagi negara komunis,. Fidel Castro, pemimpin komunis Cuba juga pernah menjadi tetamu Negara Kerajaan Umno dan BN.

Tambah Nizam lagi, jika diambil dari sudut mana sekalipun, kenyataan yang dikeluarkan Anwar ini tidak pernah memperlihatkan sokongannya kepada PKM dan menafikan jasa serta pengorbanan seluruh angkatan tentera.

Bahkan Anwar juga telah memberi akuan yang beliau tidak sesekali bermaksud menyokong atau bersetuju dengan aktiviti militan di era darurat dan beliau juga tidak melanggani faham komunisme.

Nizam dalam sokongannya terhadap prinsip Anwar ini malah mendedahkan bahawa bapa mertua Anwar sendiri, Datuk Dr Wan Ismail adalah pakar perang saraf yang menyumbang jasa besar dalam mengekang pengaruh komunis di waktu darurat dahulu.

Bagi Nizam, perang saraf yang dijalankan Umno dan BN itu langsung tidak masuk akal. Lebih dari itu, ia tidak lebih sekadar dari sebuah propaganda hitam tajaan Umno dan BN.

Nizam percaya, menjelang separuh masa kedua kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang nanti, propaganda ini akan dimainkan secara lebih agresif dan semaksima mungkin oleh media-media arus perdana seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan yang seangkatan dengannya.

Namun, Nizam juga percaya yang pengundi hari ini, tidak terkecuali para angkatan tentera di Bagan Pinang tidak lagi mudah terpengaruh dengan propaganda dan dakyah murahan seperti itu. Dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, rakyat sudah semakin bijak dalam menilai setiap apa yang datang kepada mereka.

Angkatan tentera di Bagan Pinang khususnya telah membuktikan kebijakan mereka lewat Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Kemang pasca PRU 1999 dahulu, sudah tentu 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 2009 ini, mereka semakin bertambah bijak.

(TheMalaysianInsider)

2 comments:

anakpahang said...

Salam.

Pilihanraya menyaksikan suatu perkiraan di atas kertas berlaku sebelum hari pengundian lagi iaitu:
BN memperolehi 5000 undi pos PAS 0 undi.
Diatas kertas PAS mewakili Pakatan Rakyat dah kalah sebelum bertanding.

Realiti yang kita lihat sekali bagaimana UMNO begitu gege sekali mempromosikan calon mereka, kehebatan calon mereka seolah-olah menggambarkan UMNO juga tidak selesa dengan pertandingan ini.Mengapa UMNO tidak menunjukkan rasa yakin mereka?

Jadi PR seharusnya manfaatkan peluang ini setidak-tidaknya kita kurangkan majoriti mereka.Menang PR bermakna UMNO akan mati dan bangkit semula menjadi hantu.

Gedong Lalang said...

Salam sejahtera pembaca budiman.

Diatas kertas Umno/BN boleh berbangga Dun Bagan Pinang adalah kubu kuat mereka itu pun atas ehsan dari undi pos yang seramai lebeh kurang 5000 orang. Keputusan PRU12 yang lalu Umno/BN hanya mampu memenangi kerusi tersebut gengan majoriti 2200 undi dan ini tidak menunjukkan mereka itu kuat.

Dengan meletakan Tan Sri Isa bertanding di Dun Bagan Pinang Umno/BN mungkin akan berdepan risiko pengundi akan menolak calon yang bermasalah seperti yang berlaku di Dun Permatang Pasir. Seperti kata Mantan PM Tun Dr Mahathir Umno tidak mempelajari diatas kesilapan yang lalu.

Dengan berkat kerjasama antara parti DAP, PKR dan Pas dengan usha gigih Pakatan Rakyat mampu menawan kerusi Dun Bagan Pinang. Pakatan Rakyat perlu berusha untuk menarik seramai 1500 hingga 2000 pengundi yang menyokong Umno/BN di PRU 12 untuk menyokong Pakatan Rakyat dan mengharapkan undi pos bagi BN tidak akan bertambah.

Jika tugas ini dapat dilaksanakan insya allah Pakatan Rakyat akan dapat menawan Dun Bagan Pinang. Dan selepas PRU 13 nanti seorang Menteri Besar yang baru dari Pakatan Rakyat akan mentadbir kerajaan Negeri Sembilan. Insya Allah.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA