" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 October 2009

UMNO Belum Berubah, Tapi Menang Di Bagan Pinang

Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin mengingatkan anggota partinya supaya segera melakukan perubahan berdasarkan sikap keikhlasan dalam perjuangan bersandarkan kepada nilai-nilai murni termasuk integriti serta kesediaan anggota parti untuk berkorban demi kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Presiden UMNO Najib juga mahu melihat semangat kesukarelawan di kalangan ahli-ahli parti dijana dengan lebih tinggi dan ianya boleh berlaku dengan pantas sekiranya anggota parti sanggup bekerja lebih keras, bersedia menghadapi apa jua halangan dan rintangan serta berkorban apa sahaja, nyawa atau harta.

Muhyiddin turut mengajak semua pemimpin Melayu, tanpa mengira fahaman supaya mengenepikan perbezaan dan memikul amanah untuk melakukan yang lebih besar pada negara.

Maknanya UMNO sehingga kehari ini belum berubah. Jadi, faktor kemenangan Bagan Pinang oleh kerana apa? Bagaimana mungkin rakyat telah menerima UMNO kembali seperti yang diwar-warkan yang telah dijadikan sebagai produk pelaris mereka tanpa membuat sebarang perubahan.

Kalau tidak kerana insan yang bernama Anwar Ibrahim, mana mungkin UMNO dengan rela paksa melakukan transformasi (sebelum ini gunakan reformasi klon) sehingga ketahap ini. Memang patut insan yang bernama Anwar Ibrahim dianugerahkan sebagai 'Bapa Arus Perubahan' kepada Malaysia.

Mana yang telah, masih dan berhajat melebelkan Anwar Ibrahim dengan pelbagai keburukan, sebenarnya orang itulah yang cukup-cukup sukar melakukan perubahan dalam diri mereka sendiri, jauh sekali demi rakyat mahupun negara.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA