
Pemerhati politik berkata tindakan SPRM menimbulkan tanda tanya samada badan itu diperalatkan oleh pihak berkenaan untuk mencantas pemimpin UMNO tertentu menjelang pemilihan parti pada 24 Mac ini.
Azalina adalah antara yang bertanding merebut kerusi Majlis Tertinggi dan dilihat sebagai sekutu kuat Presiden UMNO dan PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Najib dijangka mengambil alih jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung parti dan tentunya mahu barisannya sendiri menerajui parti dan kerajaan.
Semalam, Azalina tidak berada di pejabat apabila pegawai SPRM menyerbu pejabat Kementerian Pelancongan.
Dalam pemeriksaan oleh dua pasukan itu, SPRM turut merampas sejumlah dokumen dan menyoal siasat beberapa pegawai.
Siasatan itu bertumpu kepada rasuah politik dan dakwaan penyelewengan pengurusan syarikat milik Tourism Malaysia, Pempena Sdn Bhd (Pempena).
Kementerian Pelancongan mengesahkan SPRM mengambil keterangan beberapa pegawainya termasuk berhubung siasatan terhadap anak syarikatnya, Pempena yang didakwa menyalahgunakan dana.
Berhubung beberapa laporan yang mengaitkan seorang pegawai kanan menteri disiasat SPRM baru2 ini, kementerian mengesahkan beberapa pegawainya diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan.
Jumaat lalu, dua pegawai kanan seorang menteri ditahan SPRM termasuk Setiausaha Politiknya yang bergelar Datuk sebelum dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.
Ketika ditahan, SPRM menemui RM70,000 dalam kereta Setiausaha Politik itu, dipercayai untuk diagihkan kepada perwakilan Umno Wilayah Persekutuan pada pemilihan parti 24 hingga 28 Mac ini.
Sumber itu berkata, dalam serbuan semalam SPRM turut menyiasat dakwaan penyelewengan pengurusan Pempena.
No comments:
Post a Comment