" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 March 2009

Hujah - Isa Dan Zahid


Bukan calang orang yang di panggil untuk berhujah – ( rancangan Hujah TV9,04/03/2009) yang menyaksikan moderatornya Prof Dr Agus Yusuf beraksi menguji minda 2 orang calon Naib Presiden UMNO yang gemar menggunakan perkataan sensasi seperti “orang hilang akal”, “tak cukup akal” dan sebagainya apabila di tanya mengenai reaksi terhadap pembangkang khususnya DAP.


Sepintas lalu kalau ditanya komen saya mengenai rancangan hujah yang di hadiri oleh 2 calon Naib Presiden tersebut – apa yang boleh saya katakan adalah, ikhlas kalau boleh carilah calon yang lain kerana tidak nampak kualiti yang menyerlah antara kedua-dua mereka yang dapat menangani permasalahan politik zaman ini yang begitu mencabar. Jelas nampak sikap ofensif Datuk Zahid Hamidi – cara dan penyampai yang mahu dibuat gagal menaikkan semangat patriotisme sungguhpun beliau mencuba sedaya upaya untuk menonjolkan kehadiran kualiti berceramah mungkin setanding dengan bekas tuannya dahulu Anwar Ibrahim. Tidak ada kemantapan dalam penyampaian dan tidak nampak kefahaman kedua-dua mereka mengenai masalah yang di hadapi oleh UMNO khususnya dalam menilai kenapa UMNO dan BN kecundang baik dari segi moral mahupun dari segi statistik pengundian sewaktu pilihan raya ke 12.


Tan Sri Isa Samad gagal menunjukkan ketelusan apabila membicarakan mengenai kedudukan beliau yang dikenakan tuduhan politik wang dan di dapati bersalah dalam isu itu. Dalam satu nota – beliau menerima dan telah menjalankan hukuman tapi dalam nota yang serupa nampak sikap bahawa beliau menafikan penglibatan beliau dalam rasuah politik. Persoalan-persoalan utama yang dikemukakan oleh Prof Agus turut dijawab secara retorik yang keterlaluan – sedangkan umum tahu bahawa kedudukan UMNO sendiri hari ini berkecamuk dan penuh dengan masalah yang sepatutnya memerlukan penyelesaian yang lebih konkrit. Kehadiran kedua-dua pemimpin – sungguhpun tidak boleh dinilai secara sempurna dalam masa rancangan yang tidak sampai 1 jam, tetapi ia dapat memberi petunjuk bahawa persoalan reformasi dalam UMNO yang diharapkan dapat menarik minat golongan muda dan golongan Melayu Baru pasti tidak akan tercapai dengan corak kepimpinan dan idea lontaran yang di buat.


Ambil contoh Isa Samad dalam memperkatakan sokongan hampir berjuta pemuda dalam UMNO, kalau benar sebanyak itu kenapa mungkin PRU 12 menyaksikan trend pengundian yang berbeza. Tindakan memperkecil-kecilkan dengan hujah seperti tidak ada akal dan tidak ada otak – merujuk kepada ADUN DAP, PAS dan PKR tidak bijak kerana ini hanya memberi refleksi bahawa pengundi yang mengundi mereka turut tidak bijak dan tidak berakal.


Sikap menangani masalah yang ada dalam UMNO tidak akan dapat tercapai oleh kedua-dua kepimpinan tersebut kerana dalam perbahasan tersebut tidak nampak di kaca mata mereka UMNO mempunyai masalah – cuma yang bermasalah adalah penerangan UMNO - maka mungkin Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang sebenarnya gagal dalam isu ini.


Secara ringkas – apa yang jelas ialah ketidakfahaman mereka mengenai masalah yang ada, penafian bahawa anak muda sudah menolak UMNO, kehadiran generasi baru yang lebih peka terhadap politik dan kedudukan UMNO yang semakin terjarak dari rakyat. Mereka tidak menyedari hakikat bahawa sikap retorik dan jawapan yang tidak konklusif hari ini di tolak oleh golongan muda yang lebih kini terdedah dengan sumber yang lebih luas lagi. Konsep bersyukur bukan satu konsep yang sepatutnya di terjemah sebagai menerima apa sahaja tanpa mahu melakukan perubahan dan pembaikan dalam apa usaha sekali pun. Konsep bersyukur ini – pada manusia dan pada sistem bukan satu konsep yang “compulsory” mesti dan sepatutnya kerana pembaikan kepada sistem sentiasa perlu untuk mengejar ke arah standard yang lebih tinggi.


Namun dalam melihat kedua-dua kepimpinan apa yang pasti adalah, kepayahan kita untuk melihat perubahan sekiranya antara mereka terpilih untuk menjadi Naib Presiden.


(umno reform2)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA