" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

25 September 2009

Che Det Semakin Kembali Ke Posisi Asalnya

Sebelum ini Che Det nampak tidak bersungguh-sungguh untuk menghentam PR terutamanya semasa Pak Lah menjadi PM. Beliau kerap mengambil posisi ditengah-tengah dan adakalanya menghentam rumahnya sendiri iaitu UMNO.

Tapi kali ini beliau tidak boleh menahan perangai asalnya. Dengan angkuhnya beliau mengatakan PR bukanlah satu alternatif. Amat malang jika PR menang dan membentuk kerajaan Persekutuan.

Apakah ini menunjukkan yang beliau juga berperanan dalam memastikan kerajaan PR Selangor sentiasa diganggu-gugat dari dalam?

Kita pasti tidak lupa akan kelicikan beliau dalam mengatur sesuatu 'konspirasi'. Beliau telah bercuti sementara dalam memegang watak utama dalam pentas politik negara kita mungkin kerana pada masa Pak Lah menjadi PM, amat sukar bagi beliau untuk mengarahkan Pak Lah. Beliau terus merajuk dengan bertindak keluar dari UMNO. Pada masa itu beliau seakan telah menjadi satu pasukan dengan PR, semata-mata kerana beliau bencikan Pak Lah.

Bila sahaja beliau berjaya menjatuhkan Pak Lah dan digantikan dengan Najib, dengan pantas beliau menyertai UMNO kembali dan dari situ juga beliau telah kembali keposisi asalnya.

Kalau dilihat dengan tertib dan berhemah, UMNO, MCA, MIC makin dibaiki, makinlah parah kerosakkannya. Dalam PR, yang sentiasa mencari masaalah adalah individu yang sama dan bukannya mempunyai satu kumpulan yang besar.

Disini saya nampak, Che Det cuba memperbetulkan apa yang telah dijahanamkan oleh beliau sendiri. Tapi yang pasti, cara rakyat berpolitik sekarang sudah jauh kedepan meninggalkan cara yang Che Det gunakan.

2 comments:

Anonymous said...

Lagi lagi Che Det. Tak ada tokoh lain ke yang boleh dirujuk? Aku naik menyampah dengan Che Det ni. Cukuplah tu Che Det Hang dah terlalu banyak membawa kerosakan kepada negara ini, terutama sekali kepada Islam dan umat Melayu. Lebih baik hang duduk kat masjid beramal kerana hari sudah senja buat hang. Ingatlah Che Det bertaubatlah kepada Allah atas kezaliman yang hang dah buat dulu. Hangpa dah tak diperlukan lagi dalam urusan negara. So keep your mouth shut anda GET LOST.

Anonymous said...

Betullah.... aku geram dgn org tua ni... x abis-abis mencipta kerosakkan dan ganggu-gugat keharmonian yg ada dlm Pakatan Rayat

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA