" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 September 2009

UBN Sentiasa Ditimpa Malang

UBN sekarang semakin tertekan angkara daripada perbuatan mereka sendiri. Apa sahaja isu yang cuba mereka cipta untuk 'dihidangkan' kepada rakyat dengan tujuan untuk memburuk-burukan PR, malang ianya tidak pernah memihak kepada mereka, bahkan 'memakan diri sendiri'.

Sejak Najib mengetuai UBN, ianya bermula dengan rampasan kuasa di Perak. Hasilnya, MB Perak yang mereka (UBN) jatuhkan telah mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat Perak. Dato' Seri Nizar telah memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang. UBN disana semakin 'hancur' dengan tindakan bijak 600 ahli daripada parti komponen BN menyertai PKR. Selepas ini dijangkakan lebih ramai lagi yang akan mengambil keputusan yang sedemikian.

Tanpa memikirkan musibah yang menimpa mereka (UBN) akibat daripada rampasan kuasa yang mereka lakukan di Perak, UBN yang diketuai Najib tetap mahu menggunakan cara yang sama bagi menjatuhkan kerajaan PR di Selangor pula.

Mereka (UBN) menyerang dari pelbagai posisi. Mereka mula menyerang Adun-Adun PR terutamanya Adun-Adun dari PKR. SPRM telah digunakan sepenuhnya oleh mereka (UBN) bagi menjayakan rampasan kuasa yang kedua ini.

MB Selangor yang dilihat mengutamakan kepentingan rakyat dengan memberikan lembu kepada rakyat, mereka (UBN) mengatakan itu adalah rasuah. Gambar yang diambil 'curi' semasa Adun Bukit Lanjang, Elizebeth Wong sedang tidur lena dijadikan senjata oleh mereka (UBN). Khir Toyo yang bertimbun dengan skandal rasuah mulalah memainkan peranan beliau dengan mendesak supaya Adun Bukit Lanjang melepaskan jawatan.

Akibat daripada kerakusan dan kegelojohan UBN yang telah menggunakan SPRM dalam usaha mencari kes rasuah (sekiranya tidak ada, berusaha menciptanya) yang cuba menyabitkan Adun-Adun PR, Teoh Beng Hock (TBH) iaitu setiausaha Adun Serdang telah menjadi mangsa mereka. TBH ditemui mati dipercayai jatuh dari bangunan SPRM Selangor.

Usaha mereka terpaksa dihentikan buat sementara waktu akibat daripada kejadian tragis ini. Tidak lama selepas itu, berkumandang pula cerita adanya Adun dari PR yang ingin mengikut jejak Adun PR dari Perak yang telah membawa kepada kejatuhan kerajaan PR disana.

Tidak ketinggalan juga cerita yang mengatakan adanya 'pakatan sulit' diantara beberapa Adun PR dari PAS bersama dengan Adun UBN cuba membentuk kerajaan baru disana. Samada benar atau tidak cerita ini, rakyat semakin membenci mereka (UBN).

Terbaru, isu mengenai pemindahan kuil di Shah Alam yang telah membawa kepada wujudnya satu demonstrasi yang dilihat cuba membangkitkan kemarahan penganut Hindu dengan memijak kepala binatang suci bagi kepercayaan mereka. Disini, isu perkauman cuba 'dicipta' kerana bagi mereka (UBN) ianya akan memberi keuntungan.

Bagi menyelesaikan isu ini, kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid Ibrahim telah mengadakan satu sesi dialog bersama penduduk disana. Malangnya sesi itu 'terganggu' dan terpaksa ditunda.

Isu ini telah dijadikan senjata oleh mereka (UBN) namun, malang ianya tidak juga memihak kepada mereka(UBN). Rakyat menilai bahawa PR terutamanya kerajaan Selangor membuktikan bahawa mereka mengutamakan kepentingan rakyat dengan mengambil pendekatan berjumpa dan berbincang dengan penduduk setempat.

Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan PR lebih telus dan berani berhadapan dengan rakyat walaupun mereka bakal berhadapan dengan maki hamun daripada rakyat. Pujian wajar diberikan kepada kerajaan Selangor. Beginilah cara pemerintahan yang diimpikan oleh rakyat.

Pemimpin UBN hanya sibuk memikirkan bagaimana caranya untuk memperkayakan diri dan kaum kerabat mereka sahaja, kepentingan rakyat dibelakangkan.

1 comment:

hj jamaludin said...

Bismialh Hir Rahman Nir Rahim
Cerita sensasi tahun 2009 yg paling unggul!
Inikah pemimpin pemimpin yg akan memimpin Negeri Selangor yang akn datang.
Nauzubillah , moga moga Allah SWT memberi nur hidayah kepada muka muka yg didamparkan kat klip video blog blog internet tersebut
Komen saya,
1)Macamanalah bangsa Melayu begini nak di ajak berbincang .MB Selangor dengan tulus nak berbincang dan menyelesaikan masaalah raykat tapi disebab kebodohan segelintir bangsa Melayu membuat unak habis susu sebelanga . Di mata bangsa asing akan cop orang Melayu tak leh diajak bincang .Serupa macam UMNO di mesyuarat agong bahagian paling tidak asik nak bergaduh.Melayu akan marah jika bangsa selain dari Melayu diangkat jadi ketua di syarikat swasta .Tapi tengok perangai segenlintir bangsa Melayu bila diajak bincang lain pulak yang terjadi. Bila MB Selangor tak ajak bincang bising macam angjing.Apa betul kah Orang Melayu tak leh diajak berbincang.
2)Di mata islam pula perihal segelintir orang Melayu yang tak tahu adap adap mesyurat boleh di ibaratkan macam kera mendapat bunga tak pandai mengunakan mesyurat. Macam mana bangsa asing nak hormat islam kalau orang melayu berkelakuan macam beruk makyah.Di Bulan yang diberkatilah Allah SWT masih ada orang mengaku puasa tapi mengeluarkan kata kata yang kurang enak didengar.Sepatutnya bila seseorang e2 berpuasa hati menjadi lembut dan soupan . Tapi perangai segelintir orang Melayu yang buat perangai buruk semasa mesyuarat akan membuat bangsa asing akan mengetawakan ajaran Islam .Se olah olah ajaran islam tak sempurna .Nauzubilah
3) Bab ini apakah kita nak salah ibu kita yang memberi susu badan sehingga perangai orang Melayu dididik menjadi begini rupa. Atau ayah memberi nafkah dzahir yang haram sehingga anak anak bangsa Melayu menjadi kurang ajar. Atau anak anak kita yg tenggok perangai buruk kita akan bangga mempunyai seorang bapa yang kurang ajar tak tahu adat resam orang Melayu

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA