Umno Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.
Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.
ADUN Batu Caves Amirudin Shari menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR. Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.
“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.
“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.
Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.
Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.
“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.
“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.
Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR.
Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.
“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno.
“Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.
ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.
“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.
“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.
Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.
“Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.
“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas Umno Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya.
(TVS)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
14 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
September
(92)
- Gegaran Turut Di Rasai Di Kota Bharu
- MB N9 Kata Undi Pos Beri Kelebihan Kepada Pembakan...
- Kemelut MCA, MIC Bakal Runtuhkan BN
- PAS Memilih Zulkefly
- TBH: Prosiding Inkues Di Tangguh Khamis
- Kontroversi KM Digilir di P.Pinang, Penjelasan Yus...
- Suara TDM Tak Laku, Mohd Isa Tetap Dicalonkan
- Hujjah-Hujjah Khalid Samad
- Ibrahim Ali Nyanyuk, Bagai Kacang Lupakan Kulit
- Pemuda MIC Bantah Makkal Sakthi
- SELCAT Tidak Akan Di Rombak : MB Selangor
- Najib Menampar Muka Sendiri?
- SPRM Gagal Lagi....
- Raja Sesumpah Muncul Lagi !!
- AMK Gesa SPR Mansuh Undi Pos
- Pengundi Kecewa Ibrahim Ali Khianati Amanah
- Nasharudin: Hasan Ali Tak Perlu Dikenakan Tindakan...
- Brahim Ali Isytihar Perang Terbuka Dengan TGNA?
- TGNA: UBN Jangan Eksploitasi Pengundi Pos di Bagan...
- Isu SELCAT Dan Kenyataan2 Yang Mengelirukan
- MB Selangor Dengar Penjelasan Hassan Ali Isnin Ini
- Pakatan Ataupun Barisan?
- Husam: Ekspedisi Royalti Minyak Anjuran Rakyat Sen...
- Pengunjung Rumah Terbuka Najib Terlalu Kecil
- Che Det Semakin Kembali Ke Posisi Asalnya
- Salahuddin: PAS Tiada Niat Tinggalkan PR
- AMK Sanggah Kenyataan SPR
- Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi UBN
- Konvensyen PR Menjadi Tumpuan
- Apa Sebenarnya Hasan Ali Mahukan?
- DSAI: SPR Harus Baiki Sistem Undi Pos
- Isa Samad Calon Pilihan No 1 UBN?
- Nizar Seru Warga Perak Buat Perubahan Besar-Besaran
- Seret SPR Ke Mahkamah Jika Tidak Beri Pilihan Pada...
- PRK Johol Selepas Bagan Pinang?
- Kelantan Tidak Putus Asa Kemuka Tuntutan Royalti M...
- 12 Kematian Pada Hari Ke-9 Ops Sikap
- Perutusan Hari Raya Dari TGNA
- Pecat atau Gantung, Pemberontakan MCA Semakin Marak
- Betapa Hebatnya TDM
- Kerajaan Terengganu Beroperasi Tanpa Sokongan Majo...
- Selamat Berhari Raya
- Perutusan DSAI Sempena Eidul Fitri 1430 Hijrah
- TGNA: Najib Diminta Percepatkan Bayaran Royalti Mi...
- Siapa Sebenarnya Yang Melengahkan Perbicaraan?
- TBH: Coretan Inkues Pada 17/9
- PRK Bagan Pinang: BN 55% : PR 45% ?
- DAP Tidak Peralat Orang Melayu
- Khalid: Pertemuan Dengan ADUN P. Klang Selepas Raya
- Sambutan Hari Malaysia Meriah
- 1 Malaysia F1: Bila masa rakyat didahulukan?
- Melayu Sertai DAP Bukan Ancaman
- Satu EGM Untuk Selesaikan MCA Yang Berpecah Dua?
- Umno Sakit Otak: Amiruddin Shaari
- PRK B. Pinang: Penamaan Calon 3 Okt, Mengundi 11 Okt
- Betapa Hebatnya Samy
- BN 'Wajib' Terima Hakikat
- Selesai Sudah Pemilihan MIC
- Komponen BN Sama Saja Dengan UMNO
- SPRM Lambat Bertindak Siasat Khir Toyo
- Manoharan Fail Saman Fitnah RM100 Juta
- TBH: Coretan Inkues Pada 11/9
- Kemunculan KDSB Dan Kebangkitan Tiong...
- Anak Isa Samad Bertanding Di Bagan Pinang?
- RPK Muncul Dengan Mengkritik Kerajaan BN
- TBH: Coretan Inkues Pada 10/9
- TGNA: Orang Tolak Islam 'Macam Setinggan'
- Giliran MIC Pula Beraksi
- TBH: Coretan Inkues Pada 9/9
- Kekebalan 'Pendemo Kepala Lembu' Terhakis!
- Masalah Kuil Diwarisi Dari UMNO
- UMNO Masih 'Mengharap' Kepada PAS
- Rakyat Makin Muak Dengan MCA
- DSAI 'Menyerang' Johor
- UBN Sentiasa Ditimpa Malang
- Semua Yang Ditahan Semalam Telah Dibebaskan
- Najib Kata PR Mula Dipersoal Oleh Rakyat
- Sepantas 'Kilat' PDRM Bertindak!
- Dialog Awam Bincang Isu Kuil Dicemari Kekecohan
- Umno Tertekan Dan Terdesak!
- Kemenangan DPJ di Jepun: 4 Pengajaran Untuk PR
- Suruhanjaya Terbuka Siasat SPRM
- PRK Menjelma Lagi!
- 'Watak Musa' Masih Diperlukan...
- Pelbagai Kemungkinan Boleh Berlaku!
- PR Mahu Hishamuddin Disingkir
- ‘Phyrric victory’ Di Perak
- Perak Lambang Kedayusan UBN
- Lagi Isu Adun UBN Ingin 'Melompat'
- Antara PERKASA Dan Perarakan Kepala Lembu
- DUN Kota Siputeh Tak Perlu PRK
- Apakah Nasib Umno Sama Dengan LDP?
-
▼
September
(92)
4 comments:
Salam.
Suasana yang diada-adakan oleh perbuatan UMNOBN membuktikan mereka semakin mengalami tekanan jiwa yang amat sangat.
Mereka menyangka dengan menyebarkan berita palsu yang direka oleh mereka boleh mempengaruhi penyokong-penyokong PR khususnya di Selangor.
Keadaan ini akan menyebabkan UMNOBN dilihat sebagai kumpulan yang dayus dan paling tidak bermaruah di mata rakyat.
Mereka cuba membina kelemahan di dalam PR kerana mereka pasti kemenangan mereka hanya terletak di atas kelemahan PR.
Sekarang mereka menjadi pemain yang takut turun berlawan di atas padang yang sama rata.
Dasar parti pengecut dan tidak ada harga diri.
air yang tenang jangan disangka tiada buaya..aku gerenti si bad klang tu dah ubah angin utk menyokong PM.cuma tunggu masa yang sesuai saja..kena counter balik..pandai-pandai korang laa nak handle..jangan sampai rakyat meluat jika perkara tersebut berlaku.itulah taktik BN..
Kalu dulu Brader anuar buat cerita 30 MP BN akan jadi katak sampai ikut pi luar negeri...apa salahnya strategi yang serupa digunakan untuk menggugat KERAjaan PR Selangor.2 X 5 ajelahhhh.Baru adilll...
Eh..bukan harini ker Anwar nak tubuh kerajaan..dengan geng katak BN? Xde pun...
Huhu tula Anwar hang dok bwk citer org nak lompat masuk PR bile tang kene muka sendirik hang salahkan org len.. Lenkali dok diam2 jgn nak ajar2 lompat..sekarang da takut sendirik, takut anak2 buah pulak yg terlompat kuikuikui...
Post a Comment