" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

14 September 2009

PRK B. Pinang: Penamaan Calon 3 Okt, Mengundi 11 Okt

SPR telah memutuskan hari penamaan calon bagi PRK DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 3 Oktober dan hari membuang undi pada 11 Oktober. BN begitu yakin mereka akan menang mudah disini memandangkan kawasan ini kubu kuat mereka. Bagi PR pula, terpaksa melalui jalan sukar memandangkan disini begitu banyak 'kuasa undi pos' yang semua telah maklum ianya pasti memihak kepada BN.

Sekiranya PR berjaya melemahkan 'kuasa undi pos' disini, ini bermakna PR telah mendapat sokongan yang agak luar biasa daripada seluruh rakyat Malaysia, walaupun sebelum ini ianya merupakan kubu kuat BN. Maklumat dibawah telah dipaparkan dengan lebih ditir lagi mengenai PRK DUN Bagan Pinang:

Tarikh penamaan calon: 3 Oktober 2009 (Sabtu)

Tarikh pengundian: 11 Oktober 2009 (Ahad)

Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Tempat proses pengeluaran dan pengiraan undi: Bilik mesyuarat pejabat daerah Port Dickson.

Tarikh daftar pemilih dikemas kini: 4 September 2009

Jumlah pemilih berdaftar: 13,664 orang

Jumlah pemilih biasa: 9060 orang

Jumlah pemilih pos: 4604 orang

Jumlah pusat mengundi: 8 pusat melibatkan 8 sekolah

Jumlah saluran mengundi: 18 saluran

Pegawai Pengurus: Abdul Wahab Shamsuddin - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson

Jumlah petugas SPR: 275 orang

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA