" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 September 2009

DAP Tidak Peralat Orang Melayu

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP kesal dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendakwa parti itu memperalatkan orang Melayu apabila membuka keahlian kepada kaum itu.

Dakwaan Shahrizat itu tidak berasas selain menunjukkan ketakutan UMNO bahawa sokongan orang Melayu sekarang sudah beralih kepada pembangkang khususnya DAP. Cawangan DAP yang majoriti orang Melayu itu ditubuhkan di Kampung Lembah Kinrara, Puchong Kuala Lumpur dan dipengerusikan Haron Abdul Wahab.

Beliau berkata, "Kenyataan Shahrizat bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu adalah tidak benar sebaliknya parti itu turut mengutamakan kepentingan kaum lain. DAP juga tidak anti – Islam dan tidak anti – Melayu malah mempertahankan dan melindungi semua kaum dan agama.

"DAP juga menjamin hak-hak orang Melayu dan Islam malah turut menggalakkan lagi syiar Islam. Contohnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

"Antaranya ialah pengiktirafan tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang, termasuk untuk penghafal Quran atau Huffaz dan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat,".

Katanya lagi, Shahrizat harus menghormati hak asasi rakyat Malaysia untuk memilih mana-mana pertubuhan politik dan berhenti daripada bermain dengan isu perkauman yang boleh mencetuskan syak wasangka antara rakyat. DAP bersedia menghulurkan salam persahabatan untuk membantu Shahrizat dalam menangani mana-mana isu yang melibatkan kezaliman dan ketidakadilan terhadap wanita, keluarga dan masyarakat.

sumber: Sinar Harian

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA