" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 September 2009

Kekebalan 'Pendemo Kepala Lembu' Terhakis!

Setelah 'Pendemo Kepala Lembu' berjaya membuat demonstrasi yang sudah jelas dan nyata ianya 'wajib diklasifikasikan sebagai haram', hari ini barulah antara mereka didakwa di mahkamah.

6 pendemo yang boleh dikatakan hardcore telah didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen Shah Alam kerana mencetuskan ketegangan kaum dengan mengheret dan memijak kepala seekor lembu di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 28 Ogos lalu. Mereka ialah:

1) Ibrahim Sabri-42 (di dakwa kerana memijak kepala lembu)

2) Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf-36 (di dakwa kerana memijak kepala lembu)

3) Eyzva Ezhar Ramly-35 (di dakwa kerana membawa kepala lembu ke lokasi kejadian)

4) Mohd Azmir Mohd Zain-35 (didakwa kerana membawa dan memijak kepala lembu)

5) Ahmad Suhairy Zakaria-39 (didakwa kerana membawa dan memijak kepala lembu)

6) Mohd Hilmi Ni-40 (didakwa kerana membawa dan memijak kepala lembu)

Pada pertuduhan ini, kesemua mereka tidak mengaku salah dan minta dibicarakan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 setiap seorang. Sekiranya didapati bersalah, mereka akan menerima hukuman penjara 3 tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Hakim Haslin Hassan telah menetapkan pada 21 Oktober hadapan bagi mendengar semula kes.

Manakala 6 pendemo lain yang tidaklah seganas mana barangkali, telah didakwa bersama-sama 6 pendemo hardcore diatas kerana berhimpun secara haram di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis di Mahkamah Majistret Shah Alam di hadapan Majistret Norkamilah Aziz. Kesemua mereka juga tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan. Sebutan semula kes ini sama tarikh dengan kes yang diatas.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA