Inkues hari ini telah diberitahu oleh saksi ke-21 iaitu Penolong Kanan Penguasa SPRM Selangor, Mohd Nadzri Ibrahim bahawa mendiang TBH kelihatan agak resah ketika pegawai SPRM mula merakam percakapannya sebagai saksi siasatan dakwaan salahguna wang peruntukan kerajaan negeri Selangor pada 16 Julai lepas.
Mohd Nadzri mengakui bahawa mendiang TBH telah disoal siasat semalaman dalam satu percubaan untuk 'mengikat' kenyataan mendiang. Ketika ditanya peguam yang mewakili keluarga mendiang TBH, Gobind Singh Deo, mengapa soal siasat tidak disambung keesokannya, Mohd Nadzri berkata TBH mungkin mengubah fikirannya jika dia dibenarkan pulang.
Gobind kemudian berkata, "Saya mencadangkan anda berniat untuk memastikan beliau di sana semalaman supaya mengakui beberapa perkara tertentu dengan menggunakan tekanan mental dan fizikal terhadapnya sehingga dia tertekan".
Bagaimanapun Nadzri, yang ditugaskan merekodkan kenyataan mendiang TBH daripada 1.30 pagi hingga 3.30 pagi pada 16 Julai, tidak bersetuju dengan cadangan Gobind itu.
Sementara itu, saksi ke-22, Penolong Penguasa SPRM Putrajaya, Bulkani Paharuddin memberitahu bahawa beliau terdengar Ahli Majlis Perbandaran Kajang iaitu Tan Boon Wah memarahi TBH dengan suara yang kuat dan tinggi di dalam tandas pejabat SPRM Selangor, beberapa jam sebelum mendiang ditemui mati.
Beliau berkata, "Sewaktu Tan masuk ke dalam tandas, saya berdiri di luar pintu tandas dan tidak lama selepas itu seorang lelaki Cina yang berseluar putih dan berbaju gelap (TBH) datang dari arah bertentangan saya dan terus memasuki tandas yang sama.
"Ketika saya pusing nak berjalan semula ke arah pantry saya terdengar suara Tan memarahi lelaki berbaju gelap dan berseluar putih dalam bahasa Mandarin dengan menyebut 'ni lor' iaitu 'awaklah' dalam nada kuat dan tinggi. Bagaimanapun saya tidak mendengar respons atau jawapan daripada seorang lagi lelaki itu (TBH),".
Bulkani kemudian menjelaskan beliau memahami bahasa Mandarin kerana pernah mendapat pendidikan di sekolah Cina dari darjah 1 sehingga darjah 6.
Menjawab soalan daripada peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia, berapa lama insiden itu berlaku, saksi itu berkata beliau hanya berada di luar tandas kira-kira 2 minit sebelum berjalan ke pantri untuk menghabiskan makanan yang ditinggalkannya ketika mengiringi Tan ke tandas.
Kira-kira 5 minit selepas insiden itu, beliau melihat Tan berjalan melepasi pantri dan beliau tidak bertanyakan apaapa (mengenai insiden dalam tandas) kepada Ahli Majlis itu.
Ketika ditanya Hock Chuan bagaimana beliau boleh mengetahui bahawa lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu adalah TBH, Bulkani berkata beliau dapat mengecam TBH setelah beberapa kali melihat gambar mendiang disiarkan di televisyen ekoran penemuan mayat mangsa di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam.
Terdahulu, Bulkani berkata beliau dan 2 lagi pegawai SPRM telah ditugaskan untuk mengiringi Tan dari rumahnya di Balakong ke pejabat SPRM Selangor bagi tujuan membantu satu siasatan.
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
17 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
September
(92)
- Gegaran Turut Di Rasai Di Kota Bharu
- MB N9 Kata Undi Pos Beri Kelebihan Kepada Pembakan...
- Kemelut MCA, MIC Bakal Runtuhkan BN
- PAS Memilih Zulkefly
- TBH: Prosiding Inkues Di Tangguh Khamis
- Kontroversi KM Digilir di P.Pinang, Penjelasan Yus...
- Suara TDM Tak Laku, Mohd Isa Tetap Dicalonkan
- Hujjah-Hujjah Khalid Samad
- Ibrahim Ali Nyanyuk, Bagai Kacang Lupakan Kulit
- Pemuda MIC Bantah Makkal Sakthi
- SELCAT Tidak Akan Di Rombak : MB Selangor
- Najib Menampar Muka Sendiri?
- SPRM Gagal Lagi....
- Raja Sesumpah Muncul Lagi !!
- AMK Gesa SPR Mansuh Undi Pos
- Pengundi Kecewa Ibrahim Ali Khianati Amanah
- Nasharudin: Hasan Ali Tak Perlu Dikenakan Tindakan...
- Brahim Ali Isytihar Perang Terbuka Dengan TGNA?
- TGNA: UBN Jangan Eksploitasi Pengundi Pos di Bagan...
- Isu SELCAT Dan Kenyataan2 Yang Mengelirukan
- MB Selangor Dengar Penjelasan Hassan Ali Isnin Ini
- Pakatan Ataupun Barisan?
- Husam: Ekspedisi Royalti Minyak Anjuran Rakyat Sen...
- Pengunjung Rumah Terbuka Najib Terlalu Kecil
- Che Det Semakin Kembali Ke Posisi Asalnya
- Salahuddin: PAS Tiada Niat Tinggalkan PR
- AMK Sanggah Kenyataan SPR
- Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi UBN
- Konvensyen PR Menjadi Tumpuan
- Apa Sebenarnya Hasan Ali Mahukan?
- DSAI: SPR Harus Baiki Sistem Undi Pos
- Isa Samad Calon Pilihan No 1 UBN?
- Nizar Seru Warga Perak Buat Perubahan Besar-Besaran
- Seret SPR Ke Mahkamah Jika Tidak Beri Pilihan Pada...
- PRK Johol Selepas Bagan Pinang?
- Kelantan Tidak Putus Asa Kemuka Tuntutan Royalti M...
- 12 Kematian Pada Hari Ke-9 Ops Sikap
- Perutusan Hari Raya Dari TGNA
- Pecat atau Gantung, Pemberontakan MCA Semakin Marak
- Betapa Hebatnya TDM
- Kerajaan Terengganu Beroperasi Tanpa Sokongan Majo...
- Selamat Berhari Raya
- Perutusan DSAI Sempena Eidul Fitri 1430 Hijrah
- TGNA: Najib Diminta Percepatkan Bayaran Royalti Mi...
- Siapa Sebenarnya Yang Melengahkan Perbicaraan?
- TBH: Coretan Inkues Pada 17/9
- PRK Bagan Pinang: BN 55% : PR 45% ?
- DAP Tidak Peralat Orang Melayu
- Khalid: Pertemuan Dengan ADUN P. Klang Selepas Raya
- Sambutan Hari Malaysia Meriah
- 1 Malaysia F1: Bila masa rakyat didahulukan?
- Melayu Sertai DAP Bukan Ancaman
- Satu EGM Untuk Selesaikan MCA Yang Berpecah Dua?
- Umno Sakit Otak: Amiruddin Shaari
- PRK B. Pinang: Penamaan Calon 3 Okt, Mengundi 11 Okt
- Betapa Hebatnya Samy
- BN 'Wajib' Terima Hakikat
- Selesai Sudah Pemilihan MIC
- Komponen BN Sama Saja Dengan UMNO
- SPRM Lambat Bertindak Siasat Khir Toyo
- Manoharan Fail Saman Fitnah RM100 Juta
- TBH: Coretan Inkues Pada 11/9
- Kemunculan KDSB Dan Kebangkitan Tiong...
- Anak Isa Samad Bertanding Di Bagan Pinang?
- RPK Muncul Dengan Mengkritik Kerajaan BN
- TBH: Coretan Inkues Pada 10/9
- TGNA: Orang Tolak Islam 'Macam Setinggan'
- Giliran MIC Pula Beraksi
- TBH: Coretan Inkues Pada 9/9
- Kekebalan 'Pendemo Kepala Lembu' Terhakis!
- Masalah Kuil Diwarisi Dari UMNO
- UMNO Masih 'Mengharap' Kepada PAS
- Rakyat Makin Muak Dengan MCA
- DSAI 'Menyerang' Johor
- UBN Sentiasa Ditimpa Malang
- Semua Yang Ditahan Semalam Telah Dibebaskan
- Najib Kata PR Mula Dipersoal Oleh Rakyat
- Sepantas 'Kilat' PDRM Bertindak!
- Dialog Awam Bincang Isu Kuil Dicemari Kekecohan
- Umno Tertekan Dan Terdesak!
- Kemenangan DPJ di Jepun: 4 Pengajaran Untuk PR
- Suruhanjaya Terbuka Siasat SPRM
- PRK Menjelma Lagi!
- 'Watak Musa' Masih Diperlukan...
- Pelbagai Kemungkinan Boleh Berlaku!
- PR Mahu Hishamuddin Disingkir
- ‘Phyrric victory’ Di Perak
- Perak Lambang Kedayusan UBN
- Lagi Isu Adun UBN Ingin 'Melompat'
- Antara PERKASA Dan Perarakan Kepala Lembu
- DUN Kota Siputeh Tak Perlu PRK
- Apakah Nasib Umno Sama Dengan LDP?
-
▼
September
(92)
1 comment:
Kami warga ERA PASCA ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua pembaca blog ini... DAN....
Walau apepun....
Ampun maaf daripada kami andai...
TERkasar bahasa
TERsilap pukul
TERambil barang
TER'pau' duit
semua TER2 yang lain
Ikhlas dari kami warga Era Pasca:
Naruto Sensei & baginda®
Post a Comment