" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

21 September 2009

Pecat atau Gantung, Pemberontakan MCA Semakin Marak

Meskipun keputusan pecat ditarik-balik, penggantungan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sudah memadai untuk merencat kerjaya politik pemimpin parti perkauman itu.

Pemimpin DAP, Ronnie Liu Thian Khiew berpendapat, kedua hukuman yang dikenakan keatas Chua akan memarakkan pemberontakan dalaman dalam MCA.

"Saya tidak rasa akar umbi MCA akan menerima keputusan ini. Bahkan bagi saya sendiri, baik pemecatan atau penggantungan, kesannya sama sahaja kerana ia akan menjejaskan kerjaya politik Chua Soi Lek," kata beliau.

Badan keputusan tertinggi MCA, Jawatankuasa Pusat MCA (CC) membatalkan keputusan Majlis Presiden MCA (PC) memecat Dr chua Soi Lek. Selepas bermesyuarat hampir tujuh jam semalam, CC sebaliknya menggantung keahlian Chua selama empat tahun berkuasa serta-merta. Keputusan ini diambil meskipun Chua tidak membuat rayuan.

Pemerhati politik berpendapat keputusan ini dibuat bagi mengekang perpecahan dalaman parti ekoran pemecatan Chua 26 Ogos lalu.

"Ini hanyalah satu taktik untuk memperlahankan kemarahan penyokong-penyokong Chua Soi Lek," kata Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Bagi Pakatan Rakyat, mengamati perseteruan antara kem Ong Tee Keat dan kem Chua Soi Lek menunjukkan pertelagahan jawatan dan kepentingan politik.

"Apa yang kita lihat kebelakangan ini, pertelagahan dalaman MCA semakin tidak relevan untuk rakyat. Pergaduhan mereka berkisar sekitar jawatan dan kepentingan politik, bukannya isu penting dan saya yakin ini tidak menarik minat rakyat jelata," tegas Tian.

Presiden Ong Tee Keat memecat ahli politik 62 tahun itu setelah PC mendapati rakaman video perselingkuhan beliau dan seorang wanita mencemar imej parti perkauman itu. Pemecatan ini mengundang pemberontakan di dalam MCA, mendorong akar umbi mengadakan mesyuarat agung tergempar 10 Oktober nanti untuk menyingkir Ong.

(TVA)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA