" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 September 2009

Masalah Kuil Diwarisi Dari UMNO

Putus asa dengan politik Umno, ribuan penduduk Seksyen 19, Shah Alam kini meletakkan harapan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk memindahkan kuil Sri Maha Mariamman yang terletak hanya 20 meter daripada rumah mereka.

Kuil itu wujud lama sebelum Shah Alam dibangunkan dan amat ketara lokasinya tidak sesuai dalam realiti kehidupan harian penduduk setempat. Untuk lebih 20 tahun, mereka dijanjikan penyelesaikan oleh kerajaan negeri, janji itu tidak ditunaikan oleh UBN.

Bilal Masjid Seksyen 19, Mej (B) Ismail Abbas berkata, penduduk tidak mahu isu itu berlarutan dan menyifatkan gelagat mereka yang mengapi-api sentimen politik perkauman, menyusahkan mereka. Beliau sendiri tidak faham kegagalan pemimpin Umno menangani masalah itu ketika berkuasa dulu, kerana kesudian penganut Hindu untuk bersepakat mencari penyelesaian. Beliau turut menyalahkan kepimpinan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang lalu sebagai punca masalah kerana kuil itu 'dipadamkan' dari pelan induk pembangunan kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Kuil Seksyen 18, M Vadiveloo berkata, mereka sedia berpindah ke lokasi lain tapi meminta supaya isu itu tidak dipolitikkan demi kelangsungan pemimpin politik tertentu. Kecoh-kecoh pasal kuil ini bukan pasal orang Melayu atau orang Islam tapi kerana orang politik masuk campur, jadi, banyak masalah terjadi. Kita orang biasa boleh bincang baik-baik.

Penduduk, Ramdzan Mohd Nata, 56, menyalahkan BN kerana gagal mengatasi masalah itu tapi menggesa Pakatan Rakyat menumpu perhatian kepada usaha pemindahan kuil daripada terjebak dalam mainan politik Umno. Sebaik-baiknya, cari penyelesaian dan tidak gaduh-gaduh, nanti semua orang susah.

sumber: Suara Keadilan

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA