" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

27 September 2009

Nasharudin: Hasan Ali Tak Perlu Dikenakan Tindakan Disiplin

Isu yang melibatkan PR sentiasa menjelma setibanya satu-satu PRK. Kerajaan Perpaduan, arak dan yang terbaru isu SELCAT. Hasan Ali telah mengambil posisi seperti sebelumnya yang dilihat lebih bersikap melawan arus dengan mempertikai cara yang digunakan dalam SELCAT.

Hari ini setelah begitu lama menyepi angkara bersikap lebih kurang sama dengan Hasan Ali (melawan arus), Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Hasan Ali. Sebaliknya, pucuk kepimpinan PAS hanya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau (Hasan Ali).

Nasharudin berkata, "Saya tidak melihat kepada keperluan sampai ke peringkat itu kerana bagi saya Datuk Hasan memberikan pandangan beliau tentang perlunya prosedur Selcat diperbaiki. Bagi saya memberikan pandangan sebegitu tidaklah sampai perlu diambil tindakan disiplin. Penjelasan, ya... kami akan minta penjelasan daripada beliau (Hasan Ali) tentang apa sebenarnya perkara yang berlaku.

"Dalam PAS, usaha ke arah diambil tindakan disiplin perlu melalui beberapa proses. Dalam konteks ini, saya secara peribadi tidak melihat kepada keperluan untuk diambil tindakan disiplin,".

Kenyataan yang boleh dikira enak didengar yang telah dikeluarkan oleh Nasarudin hari ini ialah, "daripada penjelasan yang diterima daripada beberapa pihak termasuk Hasan sendiri, ingin saya menyatakan bahawa dalam hal yang berlaku dalam isu berkaitan dengan SELCAT, tidak timbul sebarang isu hendak keluar (PAS) daripada Pakatan...

"Kita berpegang teguh kepada keputusan muktamar PAS di Ipoh dan di Shah Alam untuk memperkukuhkan Pakatan. Insya-Allah kita akan berdepan dengan segala isu yang timbul di hadapan kita dengan semangat Pakatan yang telah kita bina sekian lama,".

Samada kenyataan daripada Nasarudin ini benar-benar ikhlas ataupun sebaliknya, hanya Allah sahaja yang tahu.......

5 comments:

pokmat pmas said...

assalamualaikum tim. presiden,
utk makluman tuan t/presiden bukan tindakan disiplin yang kami harapkan. kami cuma mahu pj pas selangor bercakap biar bertempat. biar dapat beza mana yang patut cakap dalam kelambu dan yang mana patut cakap kat kedai kopi, kalau perkara yang patut dicakapkan dalam kelambu dicakapkan di kedai kopi tak manislah tuan t/presiden, satu perkara lagi tuan t/presiden dah tak sakit mulut ke sebab dah lama tak dengar suara, bila tang pj selangor boleh pula bercakap tapi hal bagan pinang sunyi, guano tu. satu lagi soalan apa khabar tuan presiden? sakit mulut juga ke?

Malaysian said...

[E3] RPK Speaks His Mind - Pengalaman Semasa Dalam Kurungan ISA Pertama
Latest Raja Petra Video With Bahasa Translation @ GoMalaysian.Blogspot.Com
Video Terbaru Raja Petra Hanya @ GoMalaysian.Blogspot.Com

Untuk Video Yang Lepas
[E1] RPK Speaks His Mind - Surat Sumpah Altantuya
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/rpk-speaks-his-mind-altantuya-statutory.html

[E2] RPK Speaks His Mind - Menghina Islam? Tolonglah!
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/episod-2-rpk-speaks-his-mind-menghina.html

Anonymous said...

hampa ni bila org kritik PR, hampa kata nak masuk UMNO. hasan kritik benda betul demi menjamin ketelusan dan kecekapan selcat. lgpun ADUN dlm selcat bukannya tahu pasal pengurusan pegawai kerajaan, mrk tu ahli politik, buat kerja politik sudahlah. cadangan hasan agar ajk selcat dianggotai BERSAMA oleh pihak pakar spt hakim, pengamal undang2, bekas pegawai kerajaan dsbgnya krn mereka ini berautogriti drpd ahli politik yg banyak meNIPULASIkan pelbgai prkara. Hasan cadang buatlah secara tertutup agar menjaga imej dan maruah pegawai (yg belum dibuktikan salah) kerajaan. kritikan ini utk penambahbaikan. teguran terbuka pula untuk ketelusan dan keterbukaan minda exco yg bodoh2 tu. mrk jalankan selcat secara terbuka tapi bila org tegur selcat mesti tegur tertutup (klau dah bodoh jgnlah bodohkan orang lain pulak) aku tengok hampa ni lg jahat dan bangang dari umno.

xarmynondrinker said...

Jangan cakap banyak tentang arak diselangor . dlm kem tentera duty free .. 98% melayu / islam .. apa pasal tabising .. tok kelembai ?

cockfighter said...

black listed this stupid . penderhaka PAS/PR ..we don,t
need betrayer in GE 13 ..
we need all PR member politician have 1 objective .. TKO - BN and not play fire cracker .. !

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA